Pemain Fortnite mendapat banyak kandungan menarik dengan kemunculan Season 4 dan antaranya ialah kerjasama mereka dengan Marvel. Namun, pergaduhan Epic Games dengan Apple masih belum selesai, dan sedang mengganggu pengalaman permainan masyarakat.
Pada ketika ini, ramai pemain Fortnite sudah tahu tentang pertarungan Epic dengan Apple dan Google, yang bermula ketika Epic memprotes isu yuran pendapatan 30% App Store dan Play Store serta menjual V-Bucks secara langsung kepada pemain tanpa menggunakan pembayaran dalam aplikasi, yang mengakibatkan Apple dan Google mengharamkan Fortnite. Epic segera membuat tuntutan mahkamah ke atas Apple dan Google, dan sambil menunggu keputusan, Epic telah mengalami kerugian besar dengan kehilangan lebih 60% pemain iOS Fortnite.
Today we asked the Court to stop Apple’s retaliation against Epic for daring to challenge its unlawful restrictions while our antitrust case proceeds. This is a necessary step to free consumers and developers from Apple’s costly, anti-competitive control. https://t.co/r2XxhitjMp
— Epic Games Newsroom (@EpicNewsroom) September 5, 2020
Today we shared more on why we are fighting. Read more here: https://t.co/AA7KuxDOil
— Epic Games Newsroom (@EpicNewsroom) August 26, 2020
Satu sebab besar mengapa pemain iOS memilih untuk membuang aplikasi adalah kerana Fortnite mereka sudah tidak boleh dikemas kini kerana Epic dilarang daripada menambah kemas kini utama. Pemain-pemain tersebut tidak dapat bermain Fortnite Season 4 bertema Marvel, jadi mereka mungkin memilih untuk bermain di pelantar lain atau menunggu sehingga Fortnite kembali ke Apple.
Pengguna Android sedikit lebih untung kerana Fortnite tersedia melalui cara-cara lain yang anda boleh baca di sini. Fortnite kini tersedia di PC, PS4, Switch, Xbox One, dan peranti mudah alih, dengan sokongan PS5 dan Xbox Series X untuk akhir tahun ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post