Mengikut yang didakwa dokumen E3 yang telah bocor, kemungkinan, game genre Battle Royale kegilaan ramai sehingga mampu mendominasi Twitch, Fortnite akan datang ke Nintendo Switch. Tapi, satu persoalan aku di sini, adakah Fortnite Battle Royale, ataupun Fortnite Save the World yang akan dimasukkan ke Nintendo Switch? Hurmm, korang nak tahu, jom.
Buat masa ini, masih belum jelas adakah Fortnite Save the World, atapun mode Fortnite Battle Royale, mungkin, kedua-duanya sekali yang akan dimasukkan ke dalam Nintendo Switch dan jika khabar angin ini betul. Adakah pemain Fortnite di PC, PlayStation 4, Xbox one dan juga mobile akan dapat pemain baru dari Nintendo Switch?
Fornite merupakan game yang sekarang ini sangat popular dan semakin berkembang dengan pelbagai cara untuk Epic Games marketkan game tersebut, dari meteor, ke easter yang lain, juga terbaru mereka memasukkan “Shopping Cart” sebagai kenderaan yang boleh dipandu.
@gamersantaimy
Discussion about this post