Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Five Nights At Freddy’s Movie Review — Adaptasi yang Baik Tetapi Terburu-buru, Banyak Easter Eggs

Maira by Maira
October 30, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Five Nights At Freddy’s Movie Review — Adaptasi yang Baik Tetapi Terburu-buru, Banyak Easter Eggs
Share on FacebookShare on Twitter

Diadaptasi daripada game seram “Five Nights At Freddy’s” oleh Scott Cawthon, filem adaptasi ini akhirnya dilepaskan untuk tayangan awam setelah ditunda berkali-kali. Dengan pelbagai lore yang mendalam pada game ini, sudah tentu ramai peminat yang ternanti-nantikannya. Ingin tahu best atau tidak filem ini? Teruskan baca review kami ini!

Plot

Jalan cerita filem ini berpusat pada Mike Schmidt, yang bekerja untuk menyara adiknya Abby. Ibu saudara mereka cuba untuk mengambil hak penjagaan Abby daripada Mike. Dia akhirnya mencari kerja untuk membuktikan bahawa dia penjaga yang sesuai untuk adiknya. Tetapi dia sangat bermasalah dan tidak dapat untuk mengekalkan pekerjaannya. Ini membuatkan kerja keselamatan di Freddy’s Pizzeria menjadi satu-satunya pilihan kerja untuknya.

Sumber: Universal Pictures

Mike juga pernah kehilangan adik lelakinya, Garret semasa perkhemahan ketika dia berumur 12 tahun, jadi dia cuba mencari siapa yang menculik adiknya dengan mengkaji dan menggunakan teori, “The Dream Theory”, setiap malam. 

Teori ini menyatakan bahawa seseorang individu akan menyimpan setiap pengalaman yang pernah mereka alami di dalam kepala mereka dan perlu mencungkilnya daripada mimpi mereka untuk mengingatinya. Ingin mencari penjenayah yang mengambil adiknya itu, Mike cuba mengingati detik itu setiap malam untuk mengenal pasti penculik tersebut.

Five Nights at Freddy's
Sumber: Universal Pictures

Semasa bertugas di pizzeria, Mike telah tertidur dan patung-patung animatronik boleh pula menyusup ke dalam mimpinya. Mereka ingin menukar Abby menjadi robot sebagai pertukaran untuk Mike dapat bermimpi tentang Garrett setiap malam.

Pacing cerita

Pada awal filem, kami disajikan dengan perkembangan watak Mike, daripada masa lampaunya dan juga hubungan dengan adik perempuannya. Peristiwa yang membawa kepada Mike mendapat kerja di restoran pizza semuanya telah dilaksanakan dengan baik dan menyediakan persediaan yang mencukupi untuk beberapa peristiwa yang akan berlaku kemudian.

Sumber: Universal Pictures

Walau bagaimanapun, ia mula berasa tergesa-gesa ke arah klimaks, dengan pelbagai plot device tiba-tiba muncul. Bukan setakat itu sahaja, antagonis utama juga dikalahkan dalam masa 5 minit selepas ia muncul. Rentak filem yang tidak konsisten ini membuatkan filem dirasakan tidak lengkap. Banyak juga persoalan yang berlegar dalam kepala kami setelah filem ini tamat.

Five Nights at Freddy's
Sumber: Universal Pictures

Kami sebenarnya menaruh harapan bahawa filem ini akan menjadi filem yang baik selepas menonton bahagian awal filem tetapi separuh masa kedua filem sememangnya mengecewakan malah merosakkan segala-galanya. Rasanya kalau filem ini mempunyai masa tayangan yang lebih lama, mungkin ada banyak perkara yang boleh diselesaikan tanpa terburu-buru.

Easter egg

Sudah namanya adaptasi, sudah tentu peminat akan mencari-cari easter daripada game dalam filem ini. Kalau anda seseorang yang memang peminat Five Nights At Freddy’s, terdapat banyak banyak easter egg game yang boleh dijumpai. Ada satu kameo yang buatkan kami teruja apabila dia muncul. Siapa sangka orang yang popular dalam komuniti muncul dalam filem tersebut.

Five Nights at Freddy's
Sumber: Universal Pictures

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak persoalan yang tidak terjawab, kami memang enjoy dengan filem ini. Agak menarik juga cara penyampaiannya berbanding game, di mana anda tersekat dalam bilik sahaja. Sekurang-kurangnya, protagonis filem ini boleh berlawan animatronik tersebut dengan senjata dan strategi lain. Kalau anda ingin tonton sendiri filem ini, bolehlah singgah di pawagam berdekatan!

Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Five Nights at Freddy's Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya “GPS action RPG” Di Mobile!

Next Post

Crossover Terhad Eggy Party × Identity V Bermula Sekarang! Pelbagai Ganjaran Menanti!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Crossover Terhad Eggy Party × Identity V Bermula Sekarang! Pelbagai Ganjaran Menanti!

Crossover Terhad Eggy Party × Identity V Bermula Sekarang! Pelbagai Ganjaran Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd