Tahniah buat Team Empire selepas bergelar juara untuk TOM CLANCY’S RAINBOW SIX® PRO LEAGUE SEASON IX selepas mengharungi dua hari terakhir kejuaran esports Rainbox Six pada 19Mei lalu di Milan.
Pada Semi Finals yang pertama, Team Empire membuktikan keunggulannya terhadap Fnatic setelah menewaskan mereka dalam keadaan dominan (7-4 / 3-7 / 7-0 ). Dengan kemenangan ini, pasukan Rusia ini bergerak lebih dekat ke gelaran Juara Liga Pro di mana mereka akan melawan Evil Geniuses. Evil Geniuses layak dalam Semi Finals kedua selepas menentang Clan FaZe Clan (7-5 / 8-6).
Perjuangan final melawan EG memang sangat menegangkan, namun Team Empire akhirnya berhasil memenangkan pertandingan dan dinobatkan menjadi juara season 9 Rainbow Six Pro League dengan skor 7-4 / 6-8 / 7-3.
Dalam masa yang sama Rainbow Six Pro League Season IX Final, turut dimaklumkan bahawa final Liga Pro yang akan datang akan berada di Jepun untuk pertama kali dalam sejarah! The Season X Final berlangsung pada 9 dan 10 November di Aichi Sky Expo di Tokoname.
Permohonan pra-jualan untuk tiket ke acara langsung hujung minggu dua hari ini akan tersedia mulai 4 Jun. Maklumat lanjut boleh didapati di sini. (tekan sini)
Jom saksikan perlawanan akhir Team Empire di acara ini;
Untuk lebih lanjut mengenai Tom Clancy’s Rainbow Six esports, sila layari http://www.rainbow6.com/esports dan follow mereka di ttps://twitter.com/R6esports.
@gamersantaimy
Discussion about this post