Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy X/X-2 HD Remaster Review – Dua klasik RPG ikonik kembali di Nintendo Switch dengan penambahbaikan baru!

Klasik RPG Final Fantasy kini kembali!

Wakambing by Wakambing
April 16, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Review
0 0
0
Final Fantasy X/X-2 HD Remaster Review – Dua klasik RPG ikonik kembali di Nintendo Switch dengan penambahbaikan baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo dan Square Enix bekerjasama untuk membawakan game original PS2 Final Fantasy yang terbaik ke Nintendo Switch kali ini dengan visual dan kandungan yang telah dikemaskini! Mesti korang nak tahu apa yang terbaru dalam game versi remaster untuk Final Fantasy X dan Final Fantasy X-2 kan? Di sini kami senaraikan beberapa kemaskini yang telah pun dibuat dan akan lebih memfokuskan kepada pengalaman bermain menggunakan Switch daripada jalan cerita yang mendalam.

Apa itu Final Fantasy X/X-2 HD Remaster?

Untuk permulaan, kepada mereka yang tidak biasa dengan game Final Fantasy X ini, ia adalah game pengembaraan RPG dengan jalan cerita yang menarik, watak-watak yang tidak boleh dilupakan, skills baru dan cara permainannya masih kekal iaitu, berasaskan giliran. Ia adalah game yang sangat popular di PS2 dan antara francais RPG yang paling berjaya dihasilkan oleh Square Enix. X-2 pula adalah sequel untuk yang pertama, dihasilkan atas asas yang sama tetapi mempunyai watak-watak perempuan yang boleh dimainkan. Tambahan lagi, skills dalam X-2 telah diubahsuai dengan sistem aksesori yang mampu mengubah keupayaan dan kekuatan watak tersebut bergantung kepada jenis pakaian yang dipakai.

Pengalaman bermain

Seperti yang korang jangkakan, game ini dibuat dalam versi remaster khas untuk Nintendo Switch. Ini bermaksud, pemain akan dapat melihat beberapa penambahbaikan dari segi tesktur dan shading serta lighting yang telah ditambah baik. Untuk tajuk game yang hampir berusia 20 tahun itu, kualiti grafiknya yang HD pula benar-benar hebat! Penambahbaikan dilakukan pada grafik dan visual untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih imersif kepada pemain.

Untuk kandungan permainan pula, sudah tentulah versi remaster ini didatangkan dengan ciri yang ditingkatkan untuk membezakannya dengan yang asli. Final Fantasy X mempunyai Expert Grid Sphere yang dinaik taraf membolehkan pemain membuat watak-watak di dalam game tersebut lebih kuat, dan juga terdapat optional boss di end-game yang akan menambah lebih banyak replayability daripada game asal.

Dalam X-2 pula, apabila pemain menaiktaraf watak, mereka akan dapat baju dan aksesori. Ia juga mempunyai sistem Creature Creator yang membolehkan pemain membawa beberapa raksasa yang telah dikalahkan. Mereka akan turut berlawan di samping korang dan boleh diberi latihan dengan practice battles.

Di samping itu, penambahan yang ketara adalah Last Mission di mana terdapat dungeon yang pemain boleh mengembara, dan di setiap kawasan yang berlainan, musuh akan menjadi semakin kuat.

Bukan itu sahaja, pemain juga boleh memilih lagu sama ada original sound atau yang terbaru yang telah diubahsuai. Ia juga mempunyai kombinasi 100 jam gameplay, termasuk kandungan versi antarabangsa. Dari segi keselesaan menggunakan joystick Switch, ianya adalah biasa-biasa saja, ia tidak mempunyai sebarang masalah, cuma mungkin terlalu ringan apabila ditekan.

Kesimpulan

Final Fantasy X dan Final Fantasy X-2 Remaster adalah game yang seronok dan membawakan pesona klasik RPG yang baik dengan naik taraf yang telah dibuat itu. Ia mempunyai gerak tempur yang sama, iaitu berasaskan giliran dan sistem level-up grid sphere seperti sebelum-sebelum ini, malah tambahan baru seperti pilihan untuk memilih audio asli atau remastered. Kedua-dua game ini memerlukan pelaburan masa yang lebih jika korang betul-betul nak kembalikan nostalgia asli pada PS2. Penulis bukanlah peminat series Final Fantasy, jadi skor yang diberi adalah lebih bergantung kepada pengalaman ketika bermain game ini!

Final Fantasy X/X-2 HD Remaster akan hadir di Nintendo Switch pada 16 April ini. Kalau korang nak bermain dan mengingati semula memori klasik RPG game ini yang telah ditambaik baik dari segi visual dan kandungan baru, bolehlah beli game ini di website Nintendo Switch sekarang!

The Review

Final Fantasy X/X-2 HD Remaster

8 Score

Visual lebih menarik, namun jalan cerita masih kekal sama.

PROS

  • Dua game ikonik RPG yang hebat
  • Visual dan audio telah dinaiktaraf dengan baik sekali
  • Kandungan extra in-game yang banyak
  • Tiada masalah untuk menekan segala butang di Switch
  • Sesuai untuk pemain tegar atau yang baru ingin menikmati pengalaman Final Fantasy dari PS2 dulu

CONS

  • Cut scenes tak boleh skip…
  • Perlukan lebih gameplay yang mencabar

Review Breakdown

  • Pesona visual dan penambahbaikan yang sesuai untk versi remaster! 0
Tags: ffxffx2final fantasynintendoreviewswitch
Previous Post

*Khabar Angin* Assassin’s Creed Odyssey akan mendapat Story Creator Mode.

Next Post

Forza Street kini boleh didapatkan secara percuma di PC dan akan hadir di Android & IOS dalam tahun ini juga.

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Forza Street kini boleh didapatkan secara percuma di PC dan akan hadir di Android & IOS dalam tahun ini juga.

Forza Street kini boleh didapatkan secara percuma di PC dan akan hadir di Android & IOS dalam tahun ini juga.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd