Didedahkan semasa The Game Awards 2023, trailer baharu untuk Final Fantasy VII Rebirth membawa kita melihat persembahan oleh Aerith malah melihat rupa baharu watak-watak lain! Anda boleh menonton trailer baharu itu di bawah.
Lagu yang dimainkan dalam trailer bertajuk “No Promises to Keep” telah ditulis oleh Nobuo Uematsu, komposer kepada game Final Fantasy VII. Persembahan oleh Loren Allred, artis terkenal dengan single “Never Enough” daripada The Greatest Showman. Tanpa membuang masa, jom kita lihat perkara-perkara baru yang telah didedahkan dalam trailer tersebut.
Kawasan Dunia
Final Fantasy Rebirth membawa pemain melihat kawasan-kawasan lain dalam dunia, menyediakan persekitaran unik untuk pemain-pemain alami dalam pengembaraan ini.
Gold Saucer

Dirujuk sebagai syurga berlapis emas, Gold Saucer ialah taman hiburan yang megah pada skala epik. Ia dibahagikan kepada tujuh kawasan, dipanggil “squares,” setiap satu dengan tarikan unik mereka sendiri. Salah satunya ialah Skywheel, yang membawa tetamu tinggi di atas Saucer untuk pemandangan yang tidak dapat dilupakan, dan telah terbukti menjadi tempat temu janji yang popular.
Corel Prison

Sebuah kawasan slum yang luas menyelubungi dasar Gold Saucer. Ia seakan-akan rupa luaran Saucer yang berkilauan bertindak sebagai suar bagi pengembara dan orang asing di seluruh dunia, kerana mereka telah berpusu-pusu di sana. Tempat yang sangat berbahaya adalah Dustbowl membuatkan mereka yang memasuki hadnya dikatakan tidak akan kembali.
Rupa Baharu Watak
Vincent Valentine

Seorang pengawal “keselamatan” yang mengaku dirinya yang berhibernasi di dalam keranda jauh di bawah Shinra Manor. Lelaki misteri ini berjubah merah dan mempunyai genetik raksasa─serta hubungan tersembunyi dengan Sephiroth.
Cid Highwind

Juruterbang yang mempunyai kemahiran berwibawa dalam menjalankan perkhidmatan ulang-alik daripada pelbagai landasan udara terbiar. Selepas Cloud dan rakan menjumpainya, dia menerbangkan mereka ke seluruh dunia dengan Tiny Bronco kesayangannya.
Dyne

Dyne pernah menjadi kawan rapat Barret, ketika mereka berdua mencari rezeki di lombong arang batu Corel. Kini, dia adalah seorang yang dikehendaki dengan pistol dicantumkan di lengan kirinya, dan lokasi semasanya tidak diketahui.
Dio

Pemilik Gold Saucer yang berkarisma. Terkenal dengan susuk tubuh tegap dan misainya, Dio sering didapati menyertai perarakan tamannya, melenturkan ototnya di hadapan ramai tetamu yang menjerit.
Doctor Sheiran

Walaupun kliniknya di North Corel kecil, hati dan intelek Doktor Sheiran agak besar. Sejak kebelakangan ini, dia telah menjaga orang berjubah hitam yang sampai ke bandar, dan cuba untuk mendedahkan kebenaran di sebalik penyakit misteri mereka.
Solemn Gus

Gus seorang seorang yang pandai berbual ditambah dengan caranya membawa diri, tidak hairanlah kalau ramai orang yang menyukainya.
Biggs

Selepas terselamat daripada Sector 7, Biggs sedar bahawa dia adalah ahli terakhir pemberontak anti-Shinra yang malang, Avalanche. Setelah pulih daripada kecederaannya, dia kini membalas dendam terhadap syarikat yang membunuh rakan-rakannya.
Combat — Synergy Attack & Summon
Synergy Attack ialah serangan kuat di mana dua watak bergabung untuk mengubah arus pertempuran. Lebih banyak kebolehan akan dibuka apabila anda meningkatkan level parti dan mengeratkan pertalian antara ahli parti. Isi tolok sinergi dengan menggunakan kebolehan, kemudian lepaskan serangan sinergi! Berikut adalah contoh-contoh Synergy attack:
- Cloud/Aerith: Firework Blade
- Tifa/ Cait Sith: Moogle Dunk Shot
Menggunakan materia summon akan memberikan akses kepada kuasa dewa. Dewa sihir akan mengikut petunjuk anda dan melawan musuh secara automatik, tetapi anda juga boleh mengarahkan mereka untuk menggunakan kebolehan istimewa. Sebelum mereka meninggalkan medan perang, summon akan melancarkan satu serangan terakhir yang akan memberikan damage yang besar. Berikut adalah summon yang muncul dalam trailer baharu itu:
- Titan
- Bahamut Arisen
- Phoenix
Hubungan — Friendship & Loveless

Tindakan Cloud dan cara dia bertindak balas terhadap ahli parti lain semasa bercakap dengan mereka akan menjejaskan hubungannya dengan mereka.
Dengan ikatan yang cukup kuat, anda mungkin mendapat beberapa faedah, jadi apabila anda berdepan dengan keputusan, anda mungkin perlu berfikir dengan teliti sebelum memberikan jawapan, terutamanya jika ia melibatkan watak kegemaran anda.

Penerbitan teater berdasarkan puisi epik klasik Loveless. Ia menggambarkan perjuangan seorang wira menentang Dragon King, penguasa Guardia yang zalim, serta cintanya kepada Princess Rosa. Terima kasih kepada teknologi VR terkini, Princess Rosa membawakan persembahan ini berlainan daripada yang lain. Bergantung kepada hubungan anda dengan rakan-rakan penonton teater anda, orang yang memainkan watak Rosa mungkin berubah dengan sebahagian daripada skrip.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Final Fantasy VII Rebirth akan dilancarkan pada 29 Februari 2023 di PS5. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Final Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post