Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem ‘Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid’ Akan Tayang Pada 25 Januari, Fan Screening Pada 13 Jan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem ‘Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid’ Akan Tayang Pada 25 Januari, Fan Screening Pada 13 Jan!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, GSC Movies telah mendedahkan bahawa mereka akan menayangkan filem anime Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid di Malaysia pada 25 Januari. Ini merupakan sekuel kepada projek dua filem berdasarkan siri novel ringan Seishun Buta Yarō (Rascal Does Not Dream). Bukan itu sahaja, Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid turut akan mengadakan Fan Screening pada 13 Januari bagi peminat yang ingin menonton lebih awal.

Sempena itu, GSC telah mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:

Filem sekuel ini akan menjadi penutup kepada High School arc dan khususnya mengadaptasi novel ke-8 dan ke-9 dalam francais: Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out. Soichi Masui akan kembali mengarah filem itu di CloverWorks, dan Masahiro Yokotani sekali lagi sebagai penyelia dan penulis skrip. Satomi Tamura juga kembali untuk reka bentuk watak dan berkhidmat sebagai ketua pengarah animasi.

Sinopsis

Kredit: GSC

Mac bermula, dan hanya tinggal satu bulan lagi dalam penggal ketiga.

Sakuta Azusagawa akan meraikan graduasi teman wanitanya Mai Sakurajima. Semasa menunggu Mai di pantai Shichirigahama, seorang gadis sekolah rendah – yang kelihatan seperti Mai semasa dia seorang pelakon kanak-kanak – muncul di hadapannya.

Ibu Kaede tidak dapat menerima apa yang berlaku kepada Kaede. Setelah sekian lama terlantar di hospital, akhirnya ibu mereka ingin berjumpa dengan anak perempuannya. Untuk memenuhi hasrat ibu mereka, Sakuta membuat keputusan untuk bertemu secara bersemuka — sesuatu yang sudah lama tidak mereka lakukan. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa gugupnya tentang semua ini.

Parut yang tidak pernah dilihat mula muncul di badan Sakuta. Adakah ini menjadi tanda amaran bagi sindrom baru?

Kredit: GSC

Info Fan Screening

Seperti saya kata tadi, Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid Fan Screening akan berlangsung pada Sabtu, 13 Januari 2024 jam 3 petang. Hanya satu sesi sahaja yang akan diadakan dan tiket bernilai RM120.

Sesiapa yang membeli tiket akan menerima hadiah berikut:

Kredit – ODEX MY & BRUNEI
  • 1 x T-Shirt
  • 1 x Novel W1 Import Jepun
  • 1 x W2 Mini Shikishi Art Board Japan Import (Rawak 1 daripada 4 rekaan)
  • 1 x W3 Mini Shikishi Art Board Japan Import (Rawak 1 daripada 4 rekaan)
  • 1 x W4 Reproduction Print Japan Import (Rawak 1 daripada 4 rekaan)
  • 1 x W5 Picture Japan Import bersama Voice Actor Message

Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi GSC Cinemas.


Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFan ScreeningfilemRascal Does Not Dream of a Knapsack Kid
ShareTweetSend
Previous Post

Ado THE FIRST WORLD TOUR “Wish” Akan Singgah ke Malaysia pada Februari 2024! Info Penuh Tiket!

Next Post

Barisan Filem-Filem Hebat Bakal Hadir di Pawagam Pada 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Barisan Filem-Filem Hebat Bakal Hadir di Pawagam Pada 2024!

Barisan Filem-Filem Hebat Bakal Hadir di Pawagam Pada 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd