Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Psycho-Pass Providence Bakal Tayang 14 September Ini! Fan Screening Juga Ada! [UPDATE]

Maira by Maira
September 5, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Psycho-Pass Providence Bakal Tayang 14 September Ini! Fan Screening Juga Ada! [UPDATE]

Kredit imej: Production IG

Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Psycho-Pass Providence akan ditayangkan secara rasmi di TGV Malaysia pada 14 September. Berita ini disahkan melalui YouTube yang turut memuat naik trailer bagi filem anime tersebut:

Fan screening akan turut berlangsung pada 9 September 2023, pada jam 4 petang. Satu tiket berharga RM 45 dan anda boleh dapatkan item seperti berikut:

  • T-shirt x1
  • Poster A3 x1

Welcome to the future – where even criminal thoughts are illegal ❌#PsychoPassProvidence Fan Screening tickets are NOW ON SALE! See you there 💥🎟️ https://t.co/5nNMB9b8s9 pic.twitter.com/RYTed69996

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) September 4, 2023

Artikel original adalah seperti berikut:


Banyak kali peminat Psycho-Pass diacah dengan berita tentang tayangan filem terbaru untuk siri tersebut. Nampaknya ada kemungkinan besar bahawa filem anime Psycho-Pass Providence akan ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi! Perkara ini telah diacah sendiri oleh salah satu cawangan pawagam Malaysia iaitu TGV Cinemas.

Chief Inspector Akane Tsunemori will see you soon. #PsychoPassProvidence pic.twitter.com/N1mppn0QZQ

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) July 27, 2023

Untuk pengetahuan anda, Psycho-Pass Providence merupakan entri terbaru untuk siri dan telah pun ditayangkan di Jepun pada 12 Mei 2023. Dilaporkan juga bahawa ia akan ditayangkan di luar negara selepas itu. Dengan TGV Cinemas mengacah tayangan Psycho-Pass Providence, bermakna peminat di Malaysia juga akan dapat menontonnya di pawagam nanti.

Filem anime tersebut akan membawa penonton melihat perkara yang berlaku antara Psycho-Pass: Sinners of the System 3 dan Psycho-Pass Season 3. Berikut adalah sinopsis untuk filem:

“Januari 2118. Ketua Inspektor Jabatan Siasatan Jenayah, Akane Tsunemori, telah mendapat laporan mengenai insiden di kapal asing — mayat Profesor Milicia Stronskaya telah dijumpai. Di sebalik kejadian itu terdapat kumpulan yang dikenali sebagai Peacebreaker, sebuah organisasi separa tentera asing dan ancaman luar baharu yang inginkan kertas penyelidikan profesor tersebut yang dikenali sebagai “Stronskaya Document”. Bertemu semula dengan Shinya Kogami, bekas pelarian daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Akane bergelut dengan kes yang semakin banyak. Stronskaya Paper itu boleh mendedahkan kebenaran yang boleh menggoyahkan kerajaan Jepun dan juga Sibyl System. Inilah cerita yang tidak diceritakan sebelum ini.”

Buat masa ini, tiada tarikh tayangan yang diumumkan oleh TGV Cinemas. Jadi kita tunggu sahaja kemas kini mengenainya nanti. Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Psycho-PassPsycho-Pass ProvidencePsycho-Pass Providence MalaysiaTGV Cinemas
ShareTweetSend
Previous Post

Filem War On Terror: KL Anarki akan ditayangkan pada 23 November!

Next Post

The Nun II Review — Pertemuan Semula Sister Irene dan Biarawati Syaitan, Valak!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
The Nun II Review — Pertemuan Semula Sister Irene dan Biarawati Syaitan, Valak!

The Nun II Review -- Pertemuan Semula Sister Irene dan Biarawati Syaitan, Valak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd