Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem ‘Madame Web’ Pamer Aksi Spider-Woman, Akan Keluar Pada Februari 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 16, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Komik
0 0
0
Filem ‘Madame Web’ Pamer Aksi Spider-Woman, Akan Keluar Pada Februari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Pictures Malaysia telah mengeluarkan trailer pertama untuk Madame Web, filem superhero akan datang dalam universe Spider-Man berdasarkan Marvel Comics. Filem ini akan dikeluarkan di Malaysia pada Februari 2024. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberi.

Untuk pandangan pertama, anda boleh menonton trailer di bawah:

Madame Web diterbitkan oleh Columbia Pictures dan Di Bonaventura Pictures bersama Marvel Entertainment. Diedarkan oleh Sony Pictures, ia direka untuk menjadi filem ke-4 dalam francais Sony’s Spider-Man Universe (SSU). Filem ini diarahkan oleh S. J. Clarkson, yang menulis skrip bersama Claire Parker daripada cerita oleh Kerem Sanga, dan membintangi Dakota Johnson sebagai watak utama, bersama Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced dan Tahar Rahim.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Sinopsis

Kredit: Sony Pictures Malaysia

“Sementara itu, di alam semesta lain…” Berubah daripada genre biasa, Madame Web menceritakan kisah original sendiri tentang salah seorang heroin Marvel yang paling misterius. Filem thriller ini dibintangi Dakota Johnson sebagai Cassandra Webb, seorang paramedik di Manhattan yang mungkin mempunyai kebolehan meramal masa depan. Terpaksa untuk menghadapi rahsasa tentang masa lalunya, dia menjalin hubungan dengan tiga wanita muda yang ditakdirkan untuk masa depan yang berkuasa…jika mereka semua dapat bertahan hidup dalam masa moden yang bahaya.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Cassandra Webb a.k.a Madame Web diburu oleh Ezekiel Sims, salah satu daripada penjahat paling kuat pernah dihadapi oleh Spider-Man (walaupun kurang dikenali) dan pada masa yang sama, ditugaskan untuk melindungi sekumpulan wanita yang masing-masing mempunyai masa depan hebat.

Berlaku pada zaman di mana superhero tidak ramai dan aktiviti mereka masih berahsia, Cassandra Webb perlu menggunakan kuasa ramalnya untuk mengatasi orang jahat itu dan menyatukan sekumpulan superhero berbeza bersama-sama.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Selain watak utama, filem ini juga memasukkan beberapa watak kegemaran peminat daripada francais Spider-Man termasuk Julia Carpenter (Sydney Sweeney), Anya Corazon (Isabela Merced) dan Mattie Franklin (Celeste O’Connor) – masing-masing dalam sut superhero ikonik mereka berdasarkan komik. Bagi yang kurang tahu, ketiga-tiga wanita tersebut sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Spider-Woman selama bertahun-tahun dalam Marvel Comics, dan kini kami dapat melihat semua secara langsung di layar perak.

Pelakon

  • Dakota Johnson sebagai Cassandra Webb / Madame Web: seorang paramedik di Manhattan dan peramal dengan kebolehan psikik yang membolehkannya melihat dalam “dunia labah-labah”
  • Sydney Sweeney sebagai Julia Carpenter / Spider-Woman
  • Celeste O’Connor sebagai Mattie Franklin / Spider-Woman
  • Isabela Merced sebagai Anya Corazon / Araña
  • Tahar Rahim sebagai Ezekiel Sims

Selain itu, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott, dan Zosia Mamet akan berlakon dalam peranan yang buat masa ini belum didedahkan.

Kredit: Sony Pictures Malaysia
Kredit: Sony Pictures Malaysia
Kredit: Sony Pictures Malaysia

Dapatkan segala berita kami tentang Madame Web di SINI!

Tags: filemMadame Web
ShareTweetSend
Previous Post

Katalog PS Plus November 2023 – Dragon’s Dogma: Dark Arisen, Superliminal, Dead Island: Riptide!

Next Post

COVER Corp Mengumumkan Debut HOLOSTARS English -ARMIS-

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
COVER Corp Mengumumkan Debut HOLOSTARS English -ARMIS-

COVER Corp Mengumumkan Debut HOLOSTARS English -ARMIS-

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd