Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem live action Gran Turismo terima trailer pertama! Bakal ditayangkan pada Ogos 2023 di Malaysia!

safwan by safwan
May 3, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Sukan/lumba
0 0
0
Filem live action Gran Turismo terima trailer pertama! Bakal ditayangkan pada Ogos 2023 di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Pictures Entertainment akhirnya telah mengeluarkan trailer pertama untuk filem live action Gran Turismo dan akan ditayangkan pada bulan Ogos nanti di Malaysia. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar daripada seorang gamer yang bermain game Gran Turismo dan berjaya menjadi seorang pelumba kereta yang sebenar.

“Berdasarkan kisah sebenar Jann Mardenborough, filem ini adalah kisah pemenuhan hasrat utama seorang pemain remaja Gran Turismo yang mempunyai “gaming skill” untuk memenangi beberapa siri pertandingan Nissan untuk menjadi pemandu kereta lumba profesional sebenar.”

Sumber: Sony Pictures Entertainment

Dengan arahan Neill Blomkamp bersama bantuan oleh Jason Hall dan Zach Baylin sebagai lakon layar, filem Gran Turismo akan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti David Harbour (Jack Salter), Orlando Bloom (Danny Moore), Archie Madekwe (Jann Mardenborough), Darren Barnet, Geri Halliwell Horner dan Djimon Hounsou.

Filem ini turut dihasilkan oleh Doug Belgrad, Asad Qizilbash, Carter Swan dan Dana Brunetti, wakil daripada PlayStation Production. Manakala untuk pengeluar eksekutif ialah Kazunori Yamauchi, Hermen Hulst, Jason Hall dan Matthew Hirsch.

Sumber: Sony Pictures Entertainment

Kalau anda nak tahu, filem ini telah pun diumumkan sejak bulan Jun 2022 lagi dan tidak banyak maklumat yang telah didedahkan pada masa itu. Namun, apa yang kami pasti adalah filem live action Gran Turismo akan ditayangkan di Malaysia pada 10 Ogos 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Gran TurismoMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Interview bersama Su Ling Chan – Perasaan menjadi pelakon suara Malaysia dalam game, anime & kartun antarabangsa!

Next Post

Marvel’s Midnight Suns versi Xbox One & PS4 akan tiba 11 Mei bersama DLC “Blood Storm”

Next Post
Prehistoric Planet Musim Kedua Akan Mula Debut Secara Global Pada 22 Mei Ini!

Prehistoric Planet Musim Kedua Akan Mula Debut Secara Global Pada 22 Mei Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd