Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Haikyu!! Final Telah Diumum, Akan Mempunyai Dua Bahagian!

Maira by Maira
August 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Haikyu!! Final Telah Diumum, Akan Mempunyai Dua Bahagian!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai peminat Haikyu!! ternanti-nanti sambungan anime tersebut, selepas berakhirnya musim keempat anime tersebut. Semasa Haikyu!! Day, pengumuman terbaru tentang siri tersebut telah pun didedahkan! Nampaknya kita akan mendapat filem Haikyu!! bertajuk Haikyu!! Final. Segala maklumat lanjut tentang filem tersebut akan didedahkan pada Ogos tahun depan.

Filem tersebut akan terbahagi kepada dua bahagian, bermakna akan ada dua filem Haikyu!! yang akan ditayangkan nanti. Ia akan mengadaptasi bahagian manga semasa arc “The Battle at the Garbage Dump” iaitu perlawanan antara Karasuno dan Nekoma sehinggalah arc terakhir manga yang berlaku beberapa tahun di masa depan.

Mungkin ada beberapa bahagian dalam manga mungkin dipotong ataupun diimbas sekali lalu sahaja. Sebab memang tidak mungkin dua buah filem boleh mengadaptasi lima arc terakhir daripada siri manga tersebut. Walaupun ramai peminat gembira dengan pengumuman ini, tetapi sudah tentu ada juga yang tidak meyukainya kerana tahu mesti ada bahagian yang tidak akan diadaptasi.

Untuk pengetahuan anda, siri ini telah dihasilkan oleh Haruichi Furudate dan diterbitkan di majalah mingguan Shonen Jump dan juga tersedia di platform MangaPlus secara percuma. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk manga:

Selepas kalah dalam perlawanan bola tampar pertama dan terakhirnya menentang Kageyama Tobio, “King of the Court,” Hinata Shoyo bersumpah untuk menjadi pesaingnya selepas menamatkan pengajian sekolah menengah rendah. Tetapi apa yang berlaku apabila pemain yang dia mahu kalahkan akhirnya menjadi rakan sepasukannya?!

Harap-harap Haikyu!! Final akan ditayangkan di Malaysia nanti sebab banyak juga filem anime terbaru yang telah ditayangkan di pawagam. Selepas ini, One Piece Film Red pula yang akan menemui peminat di skrin besar. Jadi berkemungkinan besar filem anime yang akan datang juga ditayangkan di pawagam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Filem animeHaikyu!!Haikyu!! Final
Previous Post

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase

Next Post

One Piece FILM: RED – GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Piece FILM: RED – GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022

One Piece FILM: RED - GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd