Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Baharu Fantastic Four Akhirnya Dedah Barisan Pelakon & Tarikh Tayangan!

Maira by Maira
February 15, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Filem Baharu Fantastic Four Akhirnya Dedah Barisan Pelakon & Tarikh Tayangan!

Sumber: Marvel Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menunggu oleh peminat, akhirnya Marvel Entertainment mendedahkan barisan pelakon untuk filem Fantastic Four baharu. Bukan setakat itu sahaja, tarikh tayangannya juga telah didedahkan!

Pengumuman ini dibuat secara ringkas melalui ucapan hari Valentine oleh Marvel Entertainment yang disertakan dengan ilustrasi the Fantastic Four. Pengumuman ini sememangnya membuatkan ramai peminat teruja, lebih-lebih lagi melihat barisan pelakon yang hebat untuk pasukan superhero itu.

Sumber: Marvel Entertainment

Melihat daripada ilustrasi itu, kita melihat Pedro Pascal sebagai Reed Richards/ Mr. Fantastic, Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/ Invisible Woman, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/ Human Torch dan Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/ The Thing.

Filem baharu Fantastic Four baharu ini dijadualkan untuk tayangan pada bulan Julai 2025. Setahun lebih lagi peminat perlu menunggu untuk menontonnya. Harap-harap akan ada teaser yang dikeluarkan nanti.

Tidak banyak sangat perkara yang didedahkan mengenai filem baharu ini. Apa yang didedahkan selama ini adalah filem ini merupakan sebahagian daripada fasa kelima MCU (Marvel Cinematic Universe), Matt Shakman merupakan pengarah filem ini dan diinspirasikan oleh siri “It’s Always Sunny in Philadelphia.”

Agaknya apalah yang akan diceritakan dalam filem ini nanti. Dengan konsep multiverse semakin meluas dalam MCU, ada pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku nanti. Jadi nantikan sahaja kejutan yang bakal dibawa dalam the Fantastic Four baharu ini.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Marvel Entertainmentmcuthe Fantastic Four
ShareTweetSend
Previous Post

PS5 Slim Unboxing — Kini Lebih Kecil, Ringan & Hadir Dengan Pilihan Cover Menyerlah! Bakal Lancar 20 Februari Ini!

Next Post

Manga Romcom Lain Pencipta Rent-A-Girlfriend “The Shiunji Family Children” Sah Dapat Anime!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Manga Romcom Lain Pencipta Rent-A-Girlfriend “The Shiunji Family Children” Sah Dapat Anime!

Manga Romcom Lain Pencipta Rent-A-Girlfriend "The Shiunji Family Children" Sah Dapat Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd