Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat tegar Marvel Cinematic Universe (MCU) yang masih gembira dengan kejayaan Thunderbolts dan tidak sabar menantikan The Fantastic Four: First Steps bakal menerima berita buruk. Menurut laporan dari Deadline, Marvel Studios telah secara rasmi menangguhkan tayangan Avengers: Doomsday dan sekuelnya, Avengers: Secret Wars, bagi memberi ruang kepada proses produksi yang lebih teliti.

Marvel Studios is pushing back the release of its next two Avengers films, directed by the Russo Brothers. #AvengersDoomsday has moved to December 18, 2026.

Meanwhile, ‘Avengers: Secret Wars’ is moving to December 17, 2027 https://t.co/B1fBNeARE7 pic.twitter.com/LI515ykAn5

— Deadline (@DEADLINE) May 23, 2025

Pada asalnya, Avengers: Doomsday dijadualkan ditayangkan pada 1 Mei 2026, namun kini telah dianjak ke 18 Disember 2026. Sementara itu, Avengers: Secret Wars yang sepatutnya menyusul pada 7 Mei 2027, ditunda ke 17 Disember 2027.

Memandangkan penggambaran Doomsday hanya bermula hujung April lalu, penangguhan selama enam bulan bagi setiap filem dilihat sebagai langkah wajar oleh Marvel dan Disney untuk memastikan hasil akhir benar-benar bagus.

Presenting Victor Von Doom.

Robert Downey Jr. stars in Marvel Studios’ Avengers: Doomsday, in theaters May 2026. #SDCC pic.twitter.com/xWQx9owZjG

— Marvel Studios* (@MarvelStudios) July 28, 2024

Marvel ternyata tidak main-main dalam menghasilkan Avengers: Doomsday sebagai sebuah karya sinematik unggul.

Mereka telah membawa kembali duo pengarah terkenal, Russo Brothers: yang sebelum ini berjaya mengarahkan filem-filem MCU seperti Captain America: The Winter Soldier, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, dan Avengers: Endgame.

Tambahan pula, Robert Downey Jr. akan kembali ke MCU, namun kali ini bukan sebagai Iron Man, sebaliknya memegang watak antagonis ikonik, Doctor Doom.

Skala Avengers: Doomsday teramat luar biasa. Senarai pelakon yang diumumkan menimbulkan keterujaan apabila mendedahkan kemunculan semula watak-watak seperti Chris Hemsworth sebagai Thor, Anthony Mackie sebagai Captain America, dan Letitia Wright sebagai Black Panther. Turut serta ialah Fantastic Four, Thunderbolts, dan barisan X-Men (dari francais Fox).

Dengan pelakon bertaraf bintang dan watak daripada pelbagai francais, Doomsday dijangka menjadi karya epik yang mengubah hala tuju MCU secara besar-besaran.

Tempoh tambahan enam bulan untuk produksi dan pasca-produksi (terutamanya dalam aspek efek khas) dijangka menjadi kunci untuk memenuhi harapan tinggi para peminat.

Penangguhan ini memberi peluang kepada Marvel untuk memburu kejayaan setanding Avengers: Endgame, sambil memastikan jalan cerita dan visual tampil memukau. Namun begitu, masa menunggu yang panjang pastinya akan menguji kesabaran peminat yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan bab baharu dalam kisah Avengers.

Movie night on the set of Avengers: Doomsday. #Thunderbolts* ⚡️ pic.twitter.com/cgDRjYNLtL

— Marvel Studios* (@MarvelStudios) May 2, 2025

Hanya masa akan menentukan sama ada pertaruhan besar Marvel dan Disney ini akan membuahkan hasil. Apa yang pasti, peminat perlu bersabar sedikit lagi untuk menyaksikan pertembungan epik yang bakal merubah lanskap MCU.

Tags: Avengers: DoomsdayAvengers: Secret Warsfilem
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

Next Post

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Next Post
Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd