Satu lagi filem anime yang akan dibawa ke Netflix pada tahun ini! Diumumkan melalui Twitter/ X filem “The Imaginary” oleh Studio Ponoc akan tersedia di Netflix pada 2024! Bukan setakat itu sahaja, filem-filem lain akan datang daripada studio itu juga bakal dibawa ke platform tersebut.
Untuk pengetahuan anda, filem ini berdasarkan sebuah novel yang dihasilkan oleh A.F. Harrold dan Emily Gravett dengan tajuk yang sama. Novel tersebut telah diterbitkan pada 2014. The Imaginary telah pun ditayangkan di Jepun pada Disember yang lalu setelah ditunda pada Mac 2022. Dengan hadirnya filem ini di Netflix, bolehlah penonton antarabangsa menontonnya juga!
Yang menariknya tentang filem ini, ia diarahkan oleh Yoshiyuki Momose yang pernah terlibat dengan penghasilan filem Studio Ghibli seperti Princess Mononoke dan Spirited Away. Bukan setakat itu sahaja, dia turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan filem Ni no Kuni dan juga pereka watak untuk game Ni no Kuni II: Revenant Kingdom.
Berikut adalah sinopsis rasmi filem tersebut:
“Watak utama The Imaginary ialah Rudger. Dilahirkan daripada imaginasi seorang gadis muda, Rudger ialah seorang lelaki yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun yang tinggal di dunia, di mana imaginasi boleh hidup dan dimakan oleh orang lain. The Imaginary ialah sebuah filem fantasi di mana Rudger dan rakan baharunya dalam “The Imaginaries Town” memulakan pengembaraan yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun, dengan risiko masa depan dan nasib orang yang mereka cintai.”
Buat masa ini tiada tarikh tayangan yang diumumkan oleh Netflix, jadi kita nantikan sahaja pengumuman baharu pada masa akan datang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post