Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem animasi Mechamato akan keluar di pawagam Malaysia pada 8 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem animasi Mechamato akan keluar di pawagam Malaysia pada 8 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem pertama Mechamato rasmi akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Disember 2022, menurut Animonsta -syarikat produksi di sebalik siri kartun Mechamato dan filem BoBoiboy!

Berita ini diumumkan melalui halaman media sosial Mechamato di Twitter. Bukan itu sahaja, pihak studio turut mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:

Selain daripada pengumuman filem animasi, Animonsta akan mula menyiarkan episod siri Mechamato di beberapa siaran mulai bulan Oktober, termasuk Netflix, YouTube Monsta Channel, Minc TV Astro, Vidio, TV3 dan juga TV9.

https://twitter.com/mechamato/status/1570395835686617088

Mechamato merupakan sekuel kepada siri BoBoiBoy dan mengisahkan Amato, ayah kepada BoBoiBoy ketika dia masih muda. Berikut adalah sinopsis:

Seorang remaja muda yang berani dan baik hati, Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang mengandungi robot-robot jahat yang terhempas di Bumi. Salah satu robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengatasi MechaBot dan kini menjadi tuan MechaBot. Sejak itu, MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot-robot jahat.[5]

Filem ini asalnya dirancang untuk dikeluarkan pada 2020, tetapi ditunda ke 2021. Bagaimanapun, disebabkan ketidaktentuan situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem tersebut telah ditangguhkan beberapa kali hingga lah kita akhirnya dapat tarikh rasmi.

Sekali lagi saya ingatkan, filem Mechamato akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Disember 2022.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Mechamato, sila tekan pautan ini.

Tags: animasifilemMalaysiaMechamato
Previous Post

Like a Dragon: Ishin Interview Bersama Masayoshi Yokoyama — Membawa Semula Entri Popular Dengan Versi Baru!

Next Post

BoBoiBoy kuasa 3! Bakal muncul dalam PUBG Mobile pada Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
BoBoiBoy kuasa  3! Bakal muncul dalam PUBG Mobile pada Oktober 2022!

BoBoiBoy kuasa 3! Bakal muncul dalam PUBG Mobile pada Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd