Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA Mobile tambah mode World Cup 2022! Main Piala Dunia bila-bila masa, mana-mana saja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
FIFA Mobile tambah mode World Cup 2022! Main Piala Dunia bila-bila masa, mana-mana saja!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara bola sepak terbesar dunia, FIFA World Cup 2022 akan bermula dari November hingga Disember akan datang! Untuk memeriahkan lagi acara dunia ini, EA menampilkan game EA Sports FIFA Mobile sebagai platform untuk pemain menikmati World Cup 2022 di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa!

Play the FIFA World Cup 2022™ Tournament now! 🏆

🌍 All 32 Qualifying National Teams
🏟️ Official Al Bayt and Lusail Stadiums
📺 Authentic Matchday Experience

What National Team will you choose? 🙌 pic.twitter.com/oXp816pO7i

— EA SPORTS FC MOBILE (@EASFCMOBILE) November 9, 2022

Mulai 9 November 2022, pemain FIFA Mobile dapat merasai keseronokan bersaing dengan negara kegemaran dalam mode single-player FIFA World Cup 2022. Dalam mode ini, pemain boleh mengawal 32 pasukan kebangsaan autentik dari negara yang layak pada tahun ini.

Selain itu, mulai 18 November, pemain juga boleh mengambil bahagian dalam acara langsung in-game FIFA World Cup 2022 untuk berpeluang mendapatkan hadiah serta pemain istimewa bagi mengukuhkan Ultimate Team semasa kejohanan.

Musim baharu juga telah tiba di FIFA Mobile. Musim 23 akan menambah kemas kini kepada pemain, kit, kelab, liga dan pasukan kebangsaan untuk menggambarkan suasana sebenar bagi musim bola sepak 22/23.

Bukan itu sahaja! Untuk komuniti Malaysia, korang dapat sertai beberapa acara eksklusif yang berlangsung di halaman Discord rasmi FIFA Mobile Malaysia. Untuk sertai, tekan SINI!

Pertama sekali, pemain boleh menunjukkan gol kemenangan mereka dalam game atau dalam dunia sebenar dalam giveaway masa terhad Snap ‘N Win! Kedua, acara Mendonia Cup akan kembali dengan edisi FIFA World Cup bersama hadiah baharu untuk dimenangi yang bernilai sebanyak RM1500. Maklumat lanjut tentang semua acara istimewa dan eksklusif ini boleh didapati di halaman Discord rasmi, jadi jangan lupa untuk sertai!

Bagi sesiapa yang berminat, FIFA Mobile boleh dimuat turun secara percuma di Google Play untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iOS. Anda boleh membaca segala liputan kami tentang francais game FIFA melalui pautan ini.

Tags: FIFA MobileWorld Cup 2022
Previous Post

The Devil in Me Preview — Tambahan Mekanik Baru Memudahkan Eksplorasi!

Next Post

Ultra Heroes datang ke Malaysia, pelbagai aktiviti menarik dari 10-27 Nov di Paradigm Mall!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Ultra Heroes datang ke Malaysia, pelbagai aktiviti menarik dari 10-27 Nov di Paradigm Mall!

Ultra Heroes datang ke Malaysia, pelbagai aktiviti menarik dari 10-27 Nov di Paradigm Mall!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd