Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FBI Gunakan Nintendo Switch untuk Jejak Kanak-kanak Hilang!

Maira by Maira
July 18, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
FBI Gunakan Nintendo Switch untuk Jejak Kanak-kanak Hilang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sedia maklum bahawa tidak semua perkara yang berlaku dalam game online semuanya baik-baik belaka malah ada ramai yang bersikap toksik antara satu sama lain. Ini antara sebab mengapa ramai ibu bapa tidak suka anak-anak mereka untuk berada dalam talian untuk bermain game. Tetapi ada satu kes kehilangan yang berjaya diselesaikan oleh FBI berkat ciri online yang ada pada konsol Nintendo Switch.

Sumber: Nintendo

Melalui ABC 15, seorang kanak-kanak perempuan telah hilang daripada rumahnya di Virginia. Melalui rekod mahkamah, dia telah dibawa lari oleh seorang lelaki bernama Ethan Roberts yang telah berkenalan dengannya secara online. Roberts telah membenarkan kanak-kanak itu untuk membawa konsol Nintendo Switch untuk dimainkan di apartment miliknya. Itu sahaja telah menjadi kunci kepada misi menyelamatkannya selepas itu.

Sumber: Nintendo

Kalau anda ingin tahu, Nintendo Switch mempunyai satu ciri yang membolehkan pemain memaklumkan rakan gaming pada Switch mereka setiap kali pemain online. Ia direka untuk menggalakkan group play.

Terima kasih kepada ciri online pada konsol tersebut, kawan kepada kanak-kanak itu menyedari bahawa dia telah log masuk akaun Switch dan berada dalam talian bersama konsol tersebut. Kawannya itu cepat-cepat memberitahu pihak berkuasa mengenainya dan ini membuatkan proses menyelamat lebih cepat dengan FBI menjejaki alamat IP Nintendo Switch itu. Kanak-kanak itu akhirnya dijumpai di sebuah apartment di Arizona bersama-sama pesalah.

Walaupun kes ini selesai dengan baik, kita mestilah sentiasa berhati-hati semasa berada dalam talian. Tidak kiralah muda atau tua, pelbagai perkara boleh berlaku kalau anda leka. Harap-harap ini akan menyedarkan lebih ramai orang mengenai jenayah online.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Tags: FBInintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Closed Beta Assassin’s Creed Codename Jade bakal diadakan bermula 3 Ogos ini!

Next Post

Konsol Handheld bakal perlukan Bateri Boleh Diganti pada tahun 2027!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Konsol Handheld bakal perlukan Bateri Boleh Diganti pada tahun 2027!

Konsol Handheld bakal perlukan Bateri Boleh Diganti pada tahun 2027!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd