Fatal Frame: Mask of The Lunar (FF4) merupakan entri keempat dalam siri Fatal Frame. Kalau anda ingin tahu, game ini telah pun lancar pada Nintendo Wii tetapi ia tidak pernah masuk ke pasaran global. Berita baiknya, ia akhirnya tiba ke seluruh dunia malah mendapat HD remaster, bukan setakat itu sahaja, ia turut tersedia di semua konsol moden. Walaupun begitu, ia masih lagi mengekalkan gameplay lamanya.
Untuk pengetahuan anda, game ini dibangunkan bersama oleh Grasshopper Manufacture dengan presiden studio Suda51. Nak tahu best atau tidak game ini, teruskan membaca!
Penceritaan
Fatal Frame 4 berlaku pada 1980 di Pulau Rogestu, di mana terletaknya hospital yang merawat pesakit kronik yang dipanggil Moonlight Syndrome. Penyakit itu membuatkan mangsanya kehilangan memori dan mula menjadi gila yang akhirnya meragut nyawa mereka. Lima perempuan di hospital itu diculik dan dijumpai oleh seorang detektif swasta. Gadis-gadis itu akhirnya dibawa keluar daripada pulau tersebut tetapi telah kehilangan semua ingatan mereka. Dua tahun selepas penculikan tersebut, semua orang di hospital tersebut telah meninggal dunia dan hospital itu juga telah terbiar. Lapan tahun selepas kematian ini, dua daripada lima gadis yang diselamatkan juga secara misteri meninggal dunia. Dua lagi daripada mereka iaitu Misaki dan Madoka memutuskan untuk kembali ke pulau itu untuk mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku di pulau itu.
Ceritanya terbahagi kepada 12 bab dengan panjang keseluruhannya, mencecah 7 – 10 jam. Bagi kami ia merupakan sebuah kisah misteri yang menarik. Seperti game klasik seram survival, ceritanya disampaikan melalui nota ataupun jurnal yang boleh dijumpai. Ia membuatkan penerokaan menjadi lebih seronok sambil anda merungkai misteri bersama-sama protagonis. Kita juga akan melihat bagaimana watak-watak ini menghadapi trauma yang mereka alami sepanjang berada di hospital itu.
Visual dan penyampaian
Visual serta suasana dalam game ini sangat hebat. Keadaan hospital yang gelap serta sempit ditambah pula dengan bilik-bilik kecil di mana hantu muncul tiba-tiba, boleh membuatkan pemain berdebar. Tidak dilupakan juga perabot serta barangan usang yang bersepah di bilik-bilik. Versi remaster ini turut memberikan kemas kini kepada model, menjadikannya lebih tajam dan kemas.
Untuk hantu-hantu yang muncul, masing-masing mempunyai nama serta latar belakang tersendiri. Ada antaranya jururawat yang bekerja di hospital itu dan ada juga hantu yang merupakan pesakit di situ. Pemain boleh ke bilik mereka dan melihat kehidupan mereka sebelum mereka mati.
Benda yang kita banyak buat semasa dalam game ialah meneroka hospital dan mencari kunci untuk masuk ke bilik-bilik berbeza serta mencari lebih banyak jawapan kepada misteri. Walaupun begitu, watak-watak berjalan dengan sangat perlahan. Walaupun anda tekan lari, watak masih lagi perlahan. Ia membuatkan penerokaan terasa lambat, lebih-lebih lagi kena ulang-alik ke kawasan yang sama. Kalau kena kejar lagilah, berdegup juga jantung ini untuk lepaskan diri.
Kamera dalam game juga agak kekok pergerakannya. Apabila kita hold butang L2 untuk butang lari, kamera akan lock di belakang anda, yang sangat membantu semasa bermain. Rasanya ini masalah yang sama dalam hampir setiap game Fatal Frame, kami teringat bahawa FF1 lebih perlahan daripada game sekarang.
Kamera sebagai senjata
Combat dalam Fatal Frame agak berbeza daripada game seram lain. Ruka dan Misaki boleh menggunakan Camera Obscura, di mana mereka boleh mengambil gambar hantu menyerang mereka. Ini berfungsi dengan menekan butang segi tiga untuk meletakkan anda dalam mod kamera first-person. L2 lock pada hantu sambil R2 untuk menangkap gambar. Terdapat indicator yang akan memberitahu anda arah umum kepada hantu datang tetapi ia boleh blend dengan latar belakang malah terapung menerusi dinding, jadi kenalah sentiasa peka semasa bermain.
Satu lagi, anda tidak boleh menangkap gambar sesuka hari. Terdapat bulatan di tengah-tengah kamera, dan perlu tujukannya ke arah hantu untuk menaikkan spirit point. Lebih banyak spirit point yang anda kutip, lebih banyak damage anda boleh berikan kepada hantu yang muncul. Sudah tentu hantu akan menghampiri anda sambil anda mengecas Spirit Point. Kalau anda sempat menyerang sebelum hantu menyerang anda, ada peluang untuk anda trigger “Fatal Frame.” Senang cerita, ia seperti serangan kritikal yang membolehkan anda untuk tangkap lebih banyak gambar setelah memberikan damage ekstra. Ia seperti mencabar pemain untuk bermain dengan cara bahaya. Sejujurnya, itulah yang membuatkan game ini lebih sengit dan seronok.
Selepas satu gambar, kamera memerlukan beberapa saat untuk cas, membuatkan anda terdedah dengan serangan yang mendatang. Jika hantu menerima damage, ia akan stun ataupun teleport.
Lebih menarik lagi, anda tidak boleh camp di satu tempat dan tunggu untuk hantu-hantu menyapa anda. Dalam mode kamera, watak lebih perlahan dan mempunyai penglihatan yang terhad. Jadi anda akan selalu masuk dan keluar daripada mode kamera, bergerak serta mengelak hantu dalam mode third-person kemudian menembak mereka dalam mode first-person. Ia mungkin agak lambat tidak seperti game Resident Evil atau Silent Hill, tetapi ia memberikan perasaan seram setiap kali dalam combat.
Pada mulanya ia agak seronok apabila menentang satu hantu pada satu masa, tetapi kalau ada banyak hantu yang keluar agak stres jugalah. Dengan pergerakan yang lambat serta tempat yang sempit, memang penat untuk hapuskan hantu-hantu yang mendekati. Strategi terbaik yang kami guna adalah untuk mereka mengejar watak dari satu kedudukan supaya mudah untuk menyerang mereka serentak. Satu lagi yang menarik perhatian kami ialah anda boleh menggerakkan kamera dengan gyro sensor. Kalau controller anda mempunyai fungsi tersebut, bolehlah anda laraskan kamera supaya lebih tepat.
Selain daripada Camera Obscura, kita ada watak Choshiro, yang merupakan detektif yang datang menyelamatkan gadis-gadis itu dahulu. Dia menggunakan “Spirit Stone Flashlight.” Fungsinya hampir sama seperti kamera tersebut tetapi mempunyai beberapa perbezaan.
Dengan menekan butang segi tiga, ia akan membawa anda ke dalam mode close-up over shoulder dan jika anda hold R2. ia akan mengecas lampu suluh, melepaskan kilatan cahaya mistik yang memberikan damage kepada hantu.
Agak seronok juga menggunakan lampu suluh ini kerana pergerakan Choshiro lebih laju dan memberikannya penglihatan yang lebih luas. Ia juga seimbang kerana Choshiro perlu melawan dengan lebih banyak hantu pada satu-satu masa. Secara keseluruhannya, mekanik baharu ini menawarkan rentak yang menyeronokkan jika nak dibandingkan dengan kamera.
Upgrade dan Barang koleksi
Anda akan menemui pelbagai jenis kamera yang boleh digunakan seperti peluru yang berbeza. Setiap daripadanya lebih berkuasa tetapi yang lemah sahaja yang tidak terhad. Yang lain perlu dicari atau dibeli melalui kedai dengan menukar point yang anda dapat daripada battle. Kedai boleh dijumpai melalui tanglung, yang juga boleh menjadi save point. Anda juga boleh mendapatkan item healing daripadanya.
Terdapat juga kristal yang anda boleh jumpai, yang boleh digunakan untuk upgrade kamera anda. Ini membolehkan anda memberikan damage yang banyak atau memberikan jarak yang luas untuk buff. Selain itu, ada juga lensa kamera yang berbeza yang boleh digunakan, yang memberikan kesan berbeza seperti memukau hantu atau menolaknya ke belakang untuk memberikan anda lebih banyak ruang untuk bergerak. Ia adalah mekanik upgrade yang agak mudah tetapi mudah difahami dan digunakan.
Ada juga beberapa item yang anda tidak boleh ambil terus. Anda perlu hold butang dan watak akan secara perlahan menghulur tangan dan mengambil item tersebut. Kadang-kadang ada juga hantu yang tiba-tiba menyergah. Kalau anda lambat sedikit sahaja, hantu itu akan menangkap anda dan item tadi boleh hilang.
Untuk barang koleksi, semasa cerita utama, anda akan selalu menjumpai hantu pasif yang merayau. Anda boleh tangkap gambar mereka untuk mendapatkan point tambahan untuk membeli item baru. Terdapat juga patung Hozuki yang anda boleh tangkap gambar untuk hilangkan sumpahan mereka. Ini akan memberikan anda item tertentu dan kostum.
Memandangkan game ini tentang menangkap gambar, peliklah kalau tiada mode foto. Dalam game ini, ia dipanggil “Snap Mode” dan ia membenarkan anda untuk menangkap gambar yang menarik bersama watak dan hantu di pelbagai tempat. Terdapat pelbagai filter yang boleh digunakan malah sudut yang lebih dinamik.
Kesimpulan
Fatal Frame: Mask of The Lunar Eclipse merupakan game seram survival yang lama. Ia masih lagi memberikan keseraman yang sama tetapi dengan pergerakan yang lambat serta combat yang agak kekok, ia mungkin susah untuk pemain baru yang inginkan sesuatu yang lebih moden. Ceritanya menarik dengan penggunaan entri dan rakaman diari membuatkan ia terasa lebih mengasyikkan. Suasana serta persekitarannya juga bagus. Ditambah pula dengan sistem combat yang mencabar anda untuk dekat dengan hantu, ia memberikan debaran yang hebat semasa bermain.
Kalau anda ingin bermain game ini, ianya tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.
@gamersantaimy
The Review
Fatal Frame: Mask of The Lunar Eclipse
PROS
- Visual serta penyampaian yang hebat
- Kisah misteri seram yang menarik
CONS
- Pergerakan watak yang begitu lambat
Discussion about this post