Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Far Cry 6: Lost Between Worlds Expansion, DLC akan tersedia 6 Disember ini!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 30, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Game, Konsol, PC, PS4, PS5, Shooter, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Far Cry 6: Lost Between Worlds Expansion, DLC akan tersedia 6 Disember ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Lost Between Worlds, expansion terbaru Far Cry 6 yang akan tersedia pada 6 Disember dan merupakan Upgrade Pass di Xbox Siri X|S, Xbox One, PS4, PS5 dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Far Cry 6: Lost Between Worlds

Dalam Far Cry 6: Lost Between Worlds, anda akan memulakan babak baru yang mendebarkan dalam kisah Dani Rojas, berlatarkan di Yara yang berbeza. Mengikuti penerokaan Dani di tapak hentaman meteorit misteri, dia menemui dirinya dalam ruang angkasa antara dunia bersama sebuah bentuk kehidupan tanpa badan, Fai. Anda perlu membaiki kapal angkasa Fai yang rosak dengan mengumpul lima serpihan yang hilang, setiap satu serpihan akan meningkatkan statistik keseluruhan Dani untuk menyelamatkan dirinya.

Untuk mencari serpihan yang hilang, pemain perlu bergantung pada kemahiran gerila untuk mengharungi 15 ujian yang mencabar dan sengit iaitu Rifts, di mana anda mesti mengalahkan musuh Shardfaces, humanoid dan haiwan yang berada di semua tempat. Setiap Rift mempunyai tempat berbeza, seperti kubu yang hancur digantung di langit dan Esperanza bawah air yang penuh dengan perangkap maut, pemain akan menghadapi halangan yang bahaya dan berbeza.

Anda boleh memilih cara tersendiri untuk menghampiri setiap Rift dan akan menemui senjata serta alatan berkuasa di sepanjang jalan. Dengan mengumpul serpihan tenaga yang bertaburan di seluruh kawasan, ia membolehkan anda menghidupkan dan mencuba semula Rift, jika perlu.

Dengan pelbagai laluan bercabang, penerokaan platform dan aksi yang sengit, pemain akan mendapat pengalaman unik dengan setiap penerokaan sambil mereka menguasai dunia yang pelik ini. Setelah menyeesaikan misi, anda akan menerima peralatan dan senjata yang kuat daripada Fai dan membawanya kembali ke Yara untuk mempunyai kelebihan menenting rejim.

Far Cry 6: NG+

Title Update 6 kini tersedia dan anda boleh kembali ke Yara untuk memainkan semula misi kegemaran anda dengan lebih kuat daripada sebelumnya. Penambahan mode New Game+ yang dinanti-nantikan ini membolehkan pemain membawa peralatan dan senjata endgame mereka kembali ke permulaan game. Title Update 6 juga memperkenalkan ciri Completionist Aid yang mampu memberikan bantuan berpandu dalam membongkar semua rahsia tersembunyi Yara kepada pemain.

Tidak lupa juga bahawa Ubisoft telah mengumumkan bahawa Far Cry 6 akan menawarkan free trial kepada pemain baru bermula hari ini di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Anda boleh meneroka daerah Isla Santuario dan yang paling menarik, progress anda boleh disimpan melalui free trial tersebut.

Untuk pelbagai lagi liputan menarik tentang game, anime dan sebagainya, boleh ikuti Gamer Santai.

Tags: Far Cry 6Far Cry 6: Lost Between Worldsubisoft
Previous Post

Update PERCUMA Gotham Knights kini tersedia – Hadir dengan 2 mode co-op baru!

Next Post

Bleach: ‘Division 0’ muncul, skuad paling penting di Soul Society

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Bleach: ‘Division 0’ muncul, skuad paling penting di Soul Society

Bleach: 'Division 0' muncul, skuad paling penting di Soul Society

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd