Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fairy Tail: 100 Years Quest Bakal Tayang Pada Julai 2024! Geng Natsu Kembali!

Maira by Maira
March 12, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Fairy Tail: 100 Years Quest Bakal Tayang Pada Julai 2024! Geng Natsu Kembali!

©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua tahun lebih menunggu, akhirnya siri anime Fairy Tail: 100 Years Quest bakal ditayangkan tidak lama lagi! Diumumkan melalui akaun X (Twitter) rasmi, geng Fairy Tail kegemaran ramai akan kembali pada bulan Julai 2024! Bersama-sama pengumuman tersebut, kita turut didedahkan dengan visual dan teaser baharu untuk siri itu.

Nampaknya pelakon suara terdahulu akan kembali untuk membawa watak masing-masing. Berikut adalah barisan pelakon suara tersebut:

  • Tetsuya Kakihara sebagai Natsu Dragneel
  • Aya Hirano sebagai Lucy Heartfilia
  • Rie Kugimiya sebagai Happy
  • Yuuichi Nakamura sebagai Gray Fullbuster
  • Sayaka Oohara sebagai Erza Scarlet
  • Satomi Satou sebagai Wendy Marvell
  • Yui Horie sebagai Charles
©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京
©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京
©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京
©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京
©真島ヒロ・上田敦夫・講談社/FT100YQ製作委員会・テレビ東京

Kalau ada antara anda yang tidak tahu, Fairy Tail: 100 Years Quest merupakan sekuel rasmi siri. Ia telah diterbitkan pada 2018 dengan cerita ditulis oleh Hiro Mashima dan pelukis Atsuo Ueda. Siri tersebut sudah pun mempunyai 16 jilid manga yang dikeluarkan.

Sumber: Kodansha

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk sekuel anime Fairy Tail: 100 Years Quest:

Setahun selepas guild Fairy Tail berjaya menewaskan Acnologia dan Zeref, Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Gray Fullbuster, Erza Scarlet, dan Wendy Marvell, bersama dengan Happy dan Charlés mengembara ke benua Guiltina, di mana mereka menerima misi “100 Years Quest” untuk mengalahkan lima Dragon God – sekumpulan individu dengan kekuatan yang begitu luas sehingga boleh menghancurkan satu dunia. Sementara itu, seorang ahli baru bernama Touka direkrut untuk Fairy Tail. Walaupun nampak sangat baik, nampaknya ada udang di sebalik batu.

Bertekad untuk menyelesaikan misi ini, Natsu dan rakan-rakan memulakan pencarian untuk Dragon God. Namun, setelah bertemu guild Diabolos, dan Touka menunjukkan identiti sebenar, Natsu dan rakan-rakan mendapati bahawa misi “100 Years Quest” bukanlah satu-satunya cabaran yang perlu mereka hadapi.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Fairy Tail daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fairy TailFairy Tail: 100 Years Quest
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!

Next Post

Persona 3 Reload: Aigis Edition Unboxing — Robot Tempur Bersedia untuk Beraksi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
Next Post
Persona 3 Reload: Aigis Edition Unboxing — Robot Tempur Bersedia untuk Beraksi!

Persona 3 Reload: Aigis Edition Unboxing -- Robot Tempur Bersedia untuk Beraksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd