Capcom mengumumkan kemas kini penting buat pemain yang bercadang untuk mendapatkan Monster Hunter Wilds. Bermula 4 Ogos 2026, mereka akan menurunkan harga game asas secara kekal di samping menyusun semula halaman kedai digital mereka bagi memudahkan pilihan buat pemain baharu mahupun pemain sedia ada.
Sehubungan itu, beberapa bundle semasa pelancaran akan dihentikan jualan. Pada pagi 4 Ogos, Monster Hunter Wilds Deluxe Edition, Premium Deluxe Edition, dan Cosmetic DLC Pass akan dialih keluar daripada pasaran digital. Bagaimanapun, pemain yang sudah memiliki edisi-edisi ini masih boleh mengakses semua kandungan mereka seperti biasa, manakala barangan kosmetik individu daripada pek berkenaan akan terus dijual secara berasingan.

Bagi menggantikan pakej yang dihentikan tersebut, Capcom memperkenalkan tiga bundle baharu:
- Monster Hunter Wilds Gold Edition: Pakej definitif yang menggabungkan game asas bersama Cosmetic DLC Collection yang serba lengkap.
- Monster Hunter Wilds Cosmetic DLC Collection: Direka untuk pemilik game asas yang mahu mendapatkan kesemua kandungan tambahan sekaligus. Bundle nilai ini mengumpulkan 10 pek kosmetik berbeza dalam satu pembelian, merangkumi Cosmetic DLC Packs 1–4, pek-pek Festival of Accord (Blossomdance, Flamefete, Dreamspell, dan Lumenhymn), Deluxe Pack, serta Extras Cosmetic DLC Pack.
- Monster Hunter Wilds Extras Cosmetic DLC Pack: Bundle yang mengumpulkan barangan kosmetik berbayar terpilih yang sebelum ini hanya ditawarkan secara berasingan.
Buat masa ini, Capcom belum mendedahkan butiran harga rasmi untuk pasaran Malaysia.



![[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Dragons-Dogma-2-Dark-Arisen_INTERVIU_FI-350x250.jpg)




Discussion about this post