Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ezra Miller akhirnya mengaku bersalah, bakal jalani satu tahun percubaan & denda sebanyak $500

safwan by safwan
January 16, 2023
in Artikel, Filem, Movie/siri
0 0
0
Ezra Miller akhirnya mengaku bersalah, bakal jalani satu tahun percubaan & denda sebanyak $500
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berhadapan dengan hakim di mahkamah di Bennington, Vermont, Ezra Miller telah mengaku bersalah atas kes pencerobohan Vermont. Dia telah menerima perjanjian rayuan untuk mengelak daripada dimasukkan ke dalam penjara.

Dengan menerima perjanjian rayuan tersebut, dia telah diputuskan untuk membayar denda sebanyak $500 dan menghadapi satu tahun percubaan (probation). Dia juga telah bersetuju dengan 41 syarat yang disediakan oleh mahkamah termasuk dilarang minum arak, ujian dadah secara rawak dan komitmen untuk terus mendapatkan rawatan kesihatan mental.

Kes ini telah berlaku pada bulan Mei tahun lepas, di mana Ezra Miller telah memecah masuk rumah jiran dan mencuri beberapa botol alkohol dari rumah tersebut. Pada awalnya, dia telah tertuduh dalam kesalahan menceroboh, pecah rumah dan rompakan kecil.

Namun, pertuduhan di atas pecah masuk dan rompakan kecil telah pun digugurkan sekali gus meringankan hukumannya. Seandainya, kedua-dua kesalahan itu tidak digugurkan, Ezra Miller boleh menerima hukuman sehingga 25 tahun di penjara.

Menurut satu kenyataan yang diperolehi oleh Variety daripada peguam Miller, dia berkata:

Ezra Miller mengaku bersalah pagi ini atas kesalahan salah laku yang menyalahi undang-undang di Mahkamah Tinggi Vermont dan menerima syarat yang dikenakan oleh mahkamah. Ezra ingin mengucapkan terima kasih kepada mahkamah dan masyarakat atas kepercayaan dan kesabaran mereka sepanjang proses ini.

Dan sekali lagi ingin menghargai sokongan yang diterima daripada keluarga dan rakan-rakannya yang terus menjadi kehadiran penting dalam kesihatan mentalnya.

Selain daripada kes ini yang berlaku di Vermont, dia juga telah ditangkap sebanyak dua kali di Hawaii. Kes pertama adalah berkelakuan tidak senonoh dan melakukan gangguan. Manakala kes kedua adalah membuat serangan tahap kedua. Dia juga telah dituduh mencekik seorang wanita di bar Iceland.

Dengan semua masalah yang dihadapi olehnya pada tahun lepas, dia telah tampil memohon maaf atas kelakuannya dan menyatakan yang dia mempunyai masalah kesihatan mental dan sedang menjalani rawatan pada bulan Ogos tahun lepas.

Kini dia kembali sebagai watak utama dalam filem The Flash yang bakal ditayangkan pada 16 Jun 2023 dan akan menampilkan hero lain seperti Batman dan Supergirl. Harapnya Ezra Miller terus komited dengan kerjayanya yang semakin pulih dan tidak membuat sebarang drama yang memburukkan namanya sendiri.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Ezra MillerThe FlashVermont
Previous Post

My Hero Academia: Bakugo Kembali Menjadi MVP Dalam Siri Anime!

Next Post

Haikal raih #1 di ranking dunia eFootball 2023! Malaysia boleh!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Haikal raih #1 di ranking dunia eFootball 2023! Malaysia boleh!

Haikal raih #1 di ranking dunia eFootball 2023! Malaysia boleh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd