Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Expansion terbaru Hearthstone: Voyage to the Sunken City akan membawa bermula 12 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi
0 0
0
Expansion terbaru Hearthstone: Voyage to the Sunken City akan membawa bermula 12 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Expansion pertama Hearthstone pada 2022, Voyage to the Sunken City, akan datang pada 12 April! Pemain dapat menggunakan 135 kad baru semasa menerokai rahsia bandar yang tenggelam dan belajar tentang rahsia-rahsia tersembunyi di bawah laut.

Menurut Blizzard, pemain akan menyertai kumpulan penjelajah yang berani dalam ekspedisi ke bandar purba Zin-Azshari, yang hilang di bawah laut selama lebih 10,000 tahun. Bersama minion, keyword, dan kad baru, berikut adalah antara penambahan hebat pada expansion ini:

Minion Type baru: Naga – Disumpah buat selama-lamanya, Naga yang pendendam adalah jenis minion baru yang bakal menjadi tambahan kekal dalam Hearthstone. Naga ialah jenis minion yang fokus pada ‘spell’ dan dapat memberikan bonus jika kita bermain satu atau lebih banyak spell semasa Naga berada di dalam dek.

Keyword baru: Dredge – Mesti ramai yang benci apabila kad yang paling kita perlukan berada di bahagian paling bawah dek? Sekarang tidak lagi! Dredge ialah keyword yang membolehkan kita melihat tiga kad paling bawal dalam dek dan memilih satu untuk muncul di atas. Korang boleh menggabungkan kad Dredge ini dengan kad Azsharan yang menghantar kad “Sunken” ke bahagian bawah dek. Tidak kira kad apa, Dredge boleh membantu kita mendapatkan kad yang diperlukan.

Keyword baru: Colossal – Pelbagai raksasa besar menyorok di dalam laut dan sebenarnya terlalu besar untuk dimuatkan pada satu kad! Minion dengan keyword Colossal datang dengan bahagian tambahan yang dapat bersinergi dengan badan utama untuk meningkatkan lagi kekuatan. Bahagian tambahan ini dapat diseru dengan badan utama, walaupun Colossal tidak dimainkan.


Pra-pembelian untuk Voyage to the Sunken City kini telah bermula! Mega Bundle sesuai untuk pemain yang baru sahaja mencuba Hearthstone, dan menyediakan ’80 pek Voyage to the Sunken City’, ‘5 pek Golden Voyage to the Sunken City’, ‘dua kad legendary Voyage to the Sunken City’, skin ‘Queen Azshara Mage’, ‘Azshara card back’, 5 Mercenaries Pack’ dan ‘Battlegrounds Perks’.

Untuk butiran lanjut tentang expansion akan datang, termasuk semua update Patch 22.6, korang boleh usya blogspot rasmi di SINI.

Tags: ExpansionhearthstoneHearthstone: Voyage to the Sunken CityKad
Previous Post

Humble Games mengumumkan barisan game hebat untuk 2022!

Next Post

Persona 4 Arena Ultimax sudah tersedia di PS4, Switch dan Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Persona 4 Arena Ultimax sudah tersedia di PS4, Switch dan Steam!

Persona 4 Arena Ultimax sudah tersedia di PS4, Switch dan Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd