Sejak ia diumumkan, akhirnya filem Evil Dead Rise akan melepaskan trailer pertamanya tidak lama lagi. Tetapi sementara menunggu trailer tersebut keluar, akaun Twitter rasmi filem telah melepaskan poster rasmi berserta teaser untuk Evil Dead Rise. Anda boleh menonton teaser tersebut di bawah.
Dalam teaser tersebut, seorang kanak-kanak perempuan sedang melihat ibunya melalui lubang intip pintu. Terkejut juga apabila melihat keadaan ibunya kini seorang deadite. Dalam siri Evil Dead, deadite merupakan demon parasit yang menguasai tubuh manusia dan memakan roh makhluk hidup.
Poster filem juga telah menunjukkan ibu kanak-kanak itu memeluk kesemua anaknya dengan senyuman yang menyeramkan. Tidak sabar untuk lihat trailer yang akan keluar nanti.
Berkenaan plot filem ini, penonton akan dibawa melihat Beth yang melawat kakaknya Ellie, setelah lama tidak berjumpa. Kakaknya itu kini menjaga tiga anaknya berseorangan di sebuah apartment di L.A. Pertemuan tersebut nampaknya mengundang kepada perkara lain apabila sebuah buku misteri telah dijumpai dalam bangunan apartment tersebut, yang telah membangkitkan demon jahat. Kini Beth dalam usaha untuk bertahan ketika dia berhadapan dengan mimpi ngeri ini.
Evil Dead Rise dibintangi oleh Gabrielle Echols, Morgan Davies, Nell Fisher, Alyssa Sutherland dan Lily Sullivan. Manakala pelakon Ash, Bruce Campbell kembali ke francais sebagai produser filem bersama-sama Sam Raimi dan Rob Tapert.
Filem ini dijadualkan untuk pelepasan umum pada April 2023. Tarikh tetap masih belum diumumkan untuk Malaysia. Apa pun kita tunggu trailer rasmi keluar dulu. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post