Kelestarian adalah sesuatu perkara yang Ubisoft sangat mahir dengan hampir kesemua francaisnya. Bukan sahaja daripada mengeluarkan game tetapi mampu mengekalkan momentum kuatnya sehingga 2-3 tahun kemudian. Contoh yang terbaik mungkin Rainbow Six Siege, yang walaupun bermula dengan perlahan, telah mendapatkan momentum yang banyak sehingga game itu kini berada di tahun keempat dan masih mengeluarkan content update. For Honor juga sedang menghala ke arah itu, selepas menerima crossover bersama Assasin’s Creed, pasukan development kini memberi perhatian kepada francais Ubisoft ini.
Blog post baru di laman web For Honor mengumumkan bahawa Raving Rabbids, yang kali terakhir dilihat dalam crossover Mario dan kawan-kawan, telah memecah masuk ke dalam game action melee-focused Ubisoft ini selama 24 jam. Walaupun mudah untuk kata ini ialah sebuah prank untuk April Fools, Ubisoft menjamin kepada peminat bahawa ini bukan prank dan memang crossover benar. Event ini bermula pada 31 Mac, 9PM sehingga 1 April, 9PM PDT.
Bagi mereka yang log in hari ini, minion NPC yang biasa anda lihat dalam game mode seperi Dominion telah digantikan dengan Rabbids yang comel molek ini, semua memakai pakaian seperti Samurai, Viking dan Knight. Rabbids juga dilengkapi dengan senjata melee seperti pelocok tandas, dan berus tandas sambil berbahas dalam bahasa unik mereka. Selain daripada bertarung dengan binatang arnab putih comel ini, pemain juga akan menerima 1 melee pack percuma hanya untuk log ini semasa event istimewa ini. Item akan tiba pada hujung minggu, yang mengandungi gear baru untuk pemain memakai atau pecahkan bagi karakter mereka.
Rabbids are invading For Honor for one day only! Think this is an April Fool's prank? Go in-game to find out! 😉https://t.co/JXxOkn9q1b pic.twitter.com/XLojxN0loa
— For Honor (@ForHonorGame) April 1, 2019
Event yang kelakar dan menarik ini ialah sebahagain daripada Year of the Harbinger, content tahun ketiga untuk For Honor. Seperi servis live milik Ubisoft yang lain seperti Rainbow Six Siege dan Ghost Recon Wildlands, For Honor akan terus menerima update dan content baru sepanjang tahun termasuk map baru, special event, dan hero character. Awal tahun ini, karakter baru bernama The Black Prior telah menyertai For Honor, lalu diikuti oleh sebuah special in-game event. Ubisoft telah menjanjikan lebih banyak content dan update akan datang dalam tahun 2019 ini.
Sumber: Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post