Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Episod akhir anime Pokemon Hisuian Snow telah keluar, boleh tonton di Youtube!

safwan by safwan
June 23, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Episod akhir anime Pokemon Hisuian Snow telah keluar, boleh tonton di Youtube!
Share on FacebookShare on Twitter

Episod terakhir anime Pokemon Hisuian Snow yang bertajuk “Two Hues” telah mula ditayangkan di YouTube bermula 23 Jun 2022. Siri yang dianimasikan oleh Wit Studio, Inc ini, mempunyai 3 episod berdasarkan cerita asal daripada Pokemon Legends: Arceus.

Dalam episod terakhir, Kapten Survey Corps, Cyllene dari Pokemon Legends: Arceus membuat kemunculan dengan wataknya yang tegas bukan sahaja kepada orang lain tetapi dengan diri sendiri juga. Tetapi dalam siri ini, dia masih berjawatan sebagai anggota Security Crops kerana ia berlaku beberapa tahun sebelum dia dinaikkan pangkat.

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Pokemon Hisuian Snow, siri ini berlaku pada zaman purba di mana hubungan antara manusia dan Pokemon tidak mempunyai sebarang hubungan yang rapat. Kisah ini bermula dengan protagonis, Akio mengenang kembali memori di mana bapanya membawa dia ke wilayah Hisui buat kali pertama. Apabila Akio bertemu dengan Hisuian Zorua di dalam hutan, dia mula mempersoalkan sama ada manusia dan Pokémon benar-benar tidak boleh hidup bersama.

Siri mula ditayangkan pada 18 Mei 2022 dengan episod satu yang bertajuk “Onto the Icy Blue” manakala episod kedua “Fiery Reflections in Snow” pada 8 Jun 2022. Setiap daripada episod tersebut tidak lebih daripada 15 minit untuk menonton. Jadi ianya sangat pendek dan boleh ditonton dengan cepat.

Bagi meraikan tayangan episod akhir, pemain Pokemon Legends: Arceus akan menerima “topeng Shiny Baneful Fox” melalui Mystery Gift dalam game. Pemain boleh mula tebus daripada hari ini sehingga 31 Mei 2023.

Pokémon Legends: Arceus telah dikeluarkan pada 28 Januari 2022 untuk platform Nintendo Switch. Dalam game ini, siri Pokémon mengambil tindakan baru dengan menggabungkan cara baru dengan elemen RPG. Pengembaraan bermula di sebuah wilayah yang dikenali sebagai Hisui, berlaku lama dahulu sebelum peristiwa Pokémon Diamond dan Pokémon Pearl.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa episod terakhir Pokemon Hisuian Snow telah mula ditayangkan di YouTube mulai 23 Jun 2022. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga ada menyediakan siri anime lain francais itu seperti Pokémon Master Journeys, Pokémon the Series: XY dan Pokémon: DP Battle Dimension. Jadi, anda boleh menontonnya secara rasmi di platform tersebut.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Pokemon Hisuian SnowPokemon Legends: Arceus
Previous Post

The Caligula Effect 2 PC kini tersedia di Steam dan Epic Games! Diskaun 30% untuk masa terhad!

Next Post

ASUS lancarkan barisan baru laptop ExpertBook, khas untuk produktiviti kerja dan pembelajaran hibrid!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
ASUS lancarkan barisan baru laptop ExpertBook, khas untuk produktiviti kerja dan pembelajaran hibrid!

ASUS lancarkan barisan baru laptop ExpertBook, khas untuk produktiviti kerja dan pembelajaran hibrid!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd