Kehebatan Steam berjaya memiliki pengguna yang ramai, membuatkan Epic Games sedar mereka perlu memiliki permainan yang tidak tersedia di Steam. Kini, Epic Games dilaporkan mengalami sejumlah kerugian yang besar kerana menjual permainan eksklusif yang tiada di Steam. Walau bagaimanapun, CEO Epic Games, Tim Sweeney seperti tidak terlalu risau mengenai masalah ini. Malah beliau cukup bangga dengan kerugian yang dialami Epic Games.
Epic Games Store telah membayar sekitar $709 juta (anggaran RM2,931 juta) sebagai jaminan minimum pada pihak ketiga permainan pada tahun 2020 dan 2021. Apple menyatakan Epic Games telah mengalami kerugian $181 juta (anggaran RM748 juta) di Epic Games Store pada tahun 2019, menjadikan jumlah kerugian mereka ini lebih dari $300 juta (anggaran RM1,240 juta).
Apple telah menggunakan maklumat tersebut sebagai sebahagian dari tuntutan saman terhadap Epic Games, kerana memberi perkhidmatan yang tidak menguntungkan dan tidak mempunyai ciri keselamatan yang diperlukan Apple App Store. Mereka juga membuktikan sebahagian besar pendapatan Epic Games dari Fortnite dihasilkan pada platform selain iOS.
Selain itu, Tim Sweeney memberi reaksi pada pengiraan Apple tersebut di Twitter, mengatakan ia adalah pelaburan dalam perniagaan dan telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam menyediakan pelanggan mereka dengan permainan hebat.
That’s right! And it has proven to be a fantastic success in reaching gamers with great games and a fantastic investment into growing the business! https://t.co/MN8OjM5FEP pic.twitter.com/Yl0LmCZjKB
— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) April 10, 2021
Jumlah kerugian yang dihadapi Epic Games sebenarnya masih kecil, kerana syarikat tersebut mempunyai nilai lebih dari $17 billion (anggaran RM70 billion) pada Ogos lalu, setelah mendapat dana tambahan. Walaupun Fortnite kini tidak tersedia di iOS selama berbulan-bulan, permainan tersebut masih berkembang maju di platform lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post