Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Ending Attack on Titan lagi bagus” — Bab Terbaru Tokyo Revengers Buatkan Peminat Tidak Puas Hati!

Maira by Maira
November 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Ending Attack on Titan lagi bagus” — Bab Terbaru Tokyo Revengers Buatkan Peminat Tidak Puas Hati!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, siri manga Tokyo Revengers oleh Ken Wakui akan tamat dengan bermulanya arc terakhir siri tersebut. Selalunya peminat akan lebih teruja untuk melihat penamatnya tetapi lain pula yang jadi dalam komuniti Tokyo Revengers. Nampaknya ramai antara mereka tidak berpuas hati dengan penceritaan Tokyo Revengers dalam bab terbaru. Sampai ada yang rasa menyesal membaca siri tersebut. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.

Bab 277 telah pun dilepaskan di Jepun tetapi sudah ada spoiler di sosial media dengan apa yang berlaku sepanjang bab tersebut. Kami tidak mahu cerita lebih tentang spoiler tersebut. Kalau teringin sangat nak tahu, boleh layari laman Reddit untuk ketahui sendiri apa yang jadi.

Sudah tentu ramai yang telah membuat teori tersendiri bagaimana penamat untuk Tokyo Revengers, tetapi setelah keluarnya bab terbaru itu, ramai pembaca yang “meroyan” dengan cara mereka membalas dendam. Malah ada juga yang mengatakan bahawa ia telah merosakkan pelbagai benda yang membuatkan siri itu istimewa.

Never complaining about Tabata or Oda fakeouts ever again Tokyo Revengers has truly opened my eyes to what real Mickey Mouse writing is

— Oblivious (@oblivibum) November 8, 2022

Dengan ramai yang suka membandingkan penulisan cerita manga lain, ada juga sesetengah peminat yang mengatakan bahawa penamat Attack on Titan lebih menarik daripada Tokyo Revengers. Bukan setakat itu, boleh pula yang membandingkannya dengan karya “fanfic” peminat. Macam-macam komen lagilah yang diberikan. Walaupun begitu, ada sahaja peminat yang suka dengan bab tersebut cuma tidak suka ia dihabiskan dengan tergesa-gesa.

https://twitter.com/mugiwarai_/status/1590178000943058944?s=20&t=WKUUg1xjJaH16Sjht2Lvzg

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui pada 1 Mac 2017. Kini sudah 29 jilid manga telah dilepaskan. Ia juga telah mendapat adaptasi anime sebanyak 24 episod oleh Liden Films pada tahun lepas. Musim keduanya pula bakal ditayangkan pada Januari 2023. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:

Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.

Apa pun, bab terakhir akan dilepaskan pada minggu hadapan. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk membaca pengakhiran kepada siri ini. Adakah ia penamat yang baik atau tidak, semunya atas pendapat masing-masing. Siri anime musim kedua juga akan ditayangkan pada awal tahun depan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tokyo Revengers daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: mangaTokyo Revengers
Previous Post

Beta Battlefield Mobile kini dibuka, pengguna Android boleh download sekarang!

Next Post

Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!

Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd