Menurut berita daripada BBC, Twitter nampaknya telah menyaman Elon Musk kerana menarik diri daripada perjanjian $44 bilion bagi membeli platform media sosial tersebut.
Mengapa urus janji ini gagal? Alasan yang diberikan oleh Musk adalah “Twitter tidak ingin mendedahkan jumlah bot dan akaun palsu yang berada di platform”. Walaupun Musk kini tidak berminat, nampaknya Twitter masih berusaha untuk mengekalkan perjanjian tersebut di mana mereka membuat keputusan untuk membawa jutawan itu ke mahkamah bagi meneruskan sesi pemerolehan.
Kenyataan tuntutan mahkamah tentang Elon Musk adalah seperti berikut:
“Musk nampaknya percaya bahawa dia – tidak seperti mana-mana pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware – bebas untuk mengubah fikirannya, memburukkan syarikat itu, mengganggu operasinya, memusnahkan nilai pemegang saham, dan beredar pergi.”
Untuk mempertahankan dirinya, Musk mendakwa bahawa ia adalah satu taktik untuk membuat Twitter mendedahkan jumlah bot/akaun palsu di mahkamah. Dia mengumumkan berita itu melalui meme di Twitter (yang korang boleh lihat di bawah) tetapi malangnya, ia hanya mendapat reaksi yang negatif daripada netizen.
Apabila pengerusi Twitter – Bret Taylor menulis tweet bahawa mereka mahu “Elon Musk bertanggungjawab terhadap kewajipan kontraknya,” Musk membalas dalam tweet yang berkata, “Oh ironi-nya lol.”
Seperti yang korang baca di atas, Musk kata ini hanyalah muslihat untuk mengetahui jumlah bot, tetapi tuntutan mahkamah mendakwa bahawa dia berbuat demikian kerana ia “tidak lagi memenuhi kepentingan peribadinya.”
Dalam kenyataan yang sama:
“Nilai saham Encik Musk dalam Tesla, punca utama kekayaan peribadinya, telah merosot lebih daripada $100 [bilion] daripada kemuncaknya pada November 2021. Jadi Musk mahu keluar. Daripada menanggung kos kemelesetan pasaran, seperti yang diperlukan oleh perjanjian penggabungan, Musk mahu mengalihkannya [tanggungjawab] kepada pemegang saham Twitter.”
Jadi apa pendapat anda? Adakah ini hanya satu permainan oleh seorang jutawan atau adakah dia mempunyai rancangan lain di sebalik tabir?
@gamersantaimy
Discussion about this post