Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring Nightreign – Cara-Cara Untuk Buka DLC “The Forsaken Hollows”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS5, RPG, Soulslike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring Nightreign – Cara-Cara Untuk Buka DLC “The Forsaken Hollows”
Share on FacebookShare on Twitter

Pek DLC yang dinanti-nantikan untuk “Elden Ring Nightreign,” kini telah tersedia. Bertajuk “The Forsaken Hollows,” DLC ini membawakan pelbagai kandungan baharu termasuk dua watak yang boleh dimainkan, bos-bos yang hebat, serta sebuah kawasan baharu untuk diterokai.

Nightfarer Baharu: Scholar dan Undertaker

DLC ini membawakan dua kelas yang unik dalam peperangan menentang kegelapan yang kian merebak.

Scholar ialah seorang pakar dalam ilmu misteri. Digambarkan sebagai seorang ahli akademik yang mengembara di Lands Between, watak support ini pakar dalam menggunakan item dan mengimbas musuh.

Antara abilitinya ialah “Analyze,” yang membolehkannya mengkaji musuh untuk meningkatkan keberkesanan pertempuran, dan ultimate art “Communion,” yang menghubungkan musuh untuk berkongsi damage dan juga boleh memulihkan sekutu yang terhubung.

Skil pasif, “Bagcraft,” membolehkannya menyimpan sumber tambahan dan meningkatkan kesan item dengan penggunaan berulang kali.

Turut menyertai Scholar ialah Undertaker, seorang ketua biarawati yang bersumpah untuk membunuh para Nightlord. Watak yang berasaskan Strength dan Faith ini merupakan penyerang yang sangat kuat, mampu memberikan damage yang besar.

Skil pasifnya, “Confluence,” secara unik membolehkannya mengaktifkan ultimate art sebagai tindak balas kepada serangan tertentu daripada sekutu dan juga musuh. Abilitnya termasuklah “Trance” dan ultimate art “Loathsome Hex,” di mana dia menumpaskan musuh dengan damage luar biasa.

Untuk membuka Nightfarer baharu ini, pemain mesti terlebih dahulu mengalahkan bos, Tricephalos. Selepas kemenangan ini, pemain perlu pergi ke Roundtable Hold dan bercakap dengan Iron Menial yang akan menyampaikan mesej daripada Small Jar Merchant, seterusnya membuka jalan untuk merekrut Scholar dan Undertaker.

Bos Baharu dan Dunia yang Berubah

“The Forsaken Hollows” memperkenalkan musuh-musuh baharu untuk mencabar pemain.

Untuk berhadapan dengan bos baharu yang dikenali sebagai Balancers, pemain mesti terlebih dahulu mengalahkan sekurang-kurangnya dua bos dari game utama, termasuk Tricephalos, dan kedua-dua Scholar dan Undertaker mestilah sudah boleh dimainkan.

Sebaik sahaja syarat-syarat ini dipenuhi, sebuah gereja kecil yang sebelum ini tidak boleh diakses akan terbuka di belakang Small Jar Merchant, memberikan laluan kepada kandungan baharu. The Balancers, juga dikenali sebagai Weapon-Bequeathed Harmonia, digambarkan sebagai tujuh pahlawan valkyrie berbaju perisai putih.

Gereja kecil yang baharu ini juga berfungsi sebagai pintu masuk ke acara Shifting Earth terbaharu, ‘The Great Hollows.’ Kawasan baharu ini merupakan sebuah rongga yang luas jauh di bawah Limveld, dipenuhi dengan runtuhan purba, menara suci, dan kristal sumpahan yang menyerap nyawa.

Shifting Earths ialah ‘expedition modifier’ yang mengubah geografi permainan secara dinamik, memperkenalkan cabaran, musuh dan ganjaran baharu.

Kemas kini selepas pelancaran akan mengintegrasikan lagi kandungan DLC ini ke dalam game utama. Acara Shifting Earth, raid, dan pangkalan baharu dari “The Forsaken Hollows” akan mula muncul dalam mod “Deep of Night”.

Walau bagaimanapun, untuk kandungan ini muncul, pemain perlu berada dalam satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang yang kesemuanya memiliki DLC tersebut.

DLC “The Forsaken Hollows” kini tersedia dan juga disertakan sebagai sebahagian daripada Elden Ring Nightreign Edisi Deluxe.

Tags: DLCElden Ring Nightreign
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation Partner Awards 2025 Japan/Asia – Senarai Penuh Pemenang!

Next Post

Grand Theft Auto: San Andreas – Panduan Setiap Cheat Code Untuk Setiap Platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Grand Theft Auto: San Andreas – Panduan Setiap Cheat Code Untuk Setiap Platform!

Grand Theft Auto: San Andreas - Panduan Setiap Cheat Code Untuk Setiap Platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd