Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring bakal terima DLC pertama “Shadow of the Erdtree” tidak lama lagi!

safwan by safwan
March 1, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fantasy, Open World, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring bakal terima DLC pertama “Shadow of the Erdtree” tidak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat gelaran Game of the Year pada tahun lepas, Bandai Namco bersama FromSoftware baru sahaja mengumumkan DLC pertama bagi Elden Ring iaitu “Shadow of the Erdtree”.

Menurut Twitter rasmi Elden Ring, mereka hanya memberi sedikit maklumat di mana DLC Shadow of the Erdtree masih dalam pembangunan dan tiada tarikh rasmi buat masa sekarang.

Rise, Tarnished, and let us walk a new path together.
An upcoming expansion for #ELDENRING Shadow of the Erdtree, is currently in development.
We hope you look forward to new adventures in the Lands Between. pic.twitter.com/cjJYijM7Mw

— ELDEN RING (@ELDENRING) February 28, 2023

Bangkitlah, Tercemar, dan marilah kita menempuh jalan baru bersama-sama.
Expansion akan datang untuk #ELDENRING Shadow of the Erdtree, sedang dalam pembangunan.
Kami berharap anda menantikan pengembaraan baharu di Lands Between.

Setelah setahun mengeluarkan game ini tanpa DLC, Bandai Namco dan Form Software nampak lebih yakin dengan mengeluarkan DLC pertama mereka. Tambah pula dengan menerima pelbagai anugerah pada tahun lepas termasuk Game of the Year di The Games Awards, sudah pasti ia menjadi satu semangat untuk mereka sepasukan meneruskan projek tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, Elden Ring juga telah dipilih sebagai pemenang dalam anugerah Game of the Year dan Best Game You Suck At di Steam atas undian ramai peminat.

Selain itu, ramai pemain yang telah membuat kandungan yang sangat mencabar dengan menggunakan bug, mod dan banyak lagi sejak game ini dikeluarkan pada tahun lepas. Dan baru-baru ini, Elden Ring telah terjual lebih daripada 20 juta unit di seluruh dunia dalam masa setahun.

Dengan pelbagai pencapaian yang diterima oleh Elden Ring, nampaknya mereka ingin membawa game ini jauh lebih mendalam lagi dengan mengeluarkan DLC pertama iaitu Elden Ring: Shadow of the Erdtree.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa DLC Elden Ring: Shadow of the Erdtree masih dalam fasa pembangunan dan tiada sebarang pengumuman tarikh keluaran bagi DLC ini buat masa sekarang. Anda boleh dapatkan Elden Ring di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: Elden RingElden Ring DLCElden Ring: Shadow of the Erdtree
Previous Post

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Mac 2023!

Next Post

Nak Main Beta Diablo IV? Tengok Dahulu Spesifikasi PC Anda!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Nak Main Beta Diablo IV? Tengok Dahulu Spesifikasi PC Anda!

Nak Main Beta Diablo IV? Tengok Dahulu Spesifikasi PC Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd