Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EKSKLUSIF] Enotria: The Last Song Cuba Membezakan Diri Daripada Soulslike Lain, Interviu Bersama Edoardo Basile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2024
in Artikel, Berita, Eksklusif, Epic Store, PC, PS5, Soulslike, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
[EKSKLUSIF] Enotria: The Last Song Cuba Membezakan Diri Daripada Soulslike Lain, Interviu Bersama Edoardo Basile
Share on FacebookShare on Twitter

Dicipta oleh oleh Jyamma Games, Enotria: The Last Song ialah sebuah game soulslike diinspirasikan kisah dongeng Itali, yang berjaya menarik minat orang ramai sejak pengumuman pertamanya.

Dengan gabungan unik antara dongeng Itali, gameplay yang mencabar, dan mekanik inovatif, Enotria: The Last Song seolah-olah meyakinkan dirinya sebagai game yang wajib dimainkan oleh peminat genre soulslike.

Kami berpeluang untuk berbual bersama (secara maya, melalui e-mel) dengan Edoardo Basile, Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk Enotria, untuk membincangkan proses kreatif di sebalik game ini, mekanik uniknya, dan apa yang pemain boleh jangkakan pada masa hadapan.

Kredit: Jyamma Games

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah butiran interviu eksklusif ini.

Menonjolkan Diri dalam Genre Soulslike

Kredit: © Jyamma Games

Apabila ditanya tentang dorongan di sebalik pembangunan game ini, jawapan Basile ringkas tetapi mendalam. Ternyata Enotria: The Last Song berusaha untuk merangkumkan intipati warisan budaya Itali sambil menyampaikan pengalaman gameplay yang kaya dan mencabar.

“Keinginan untuk mewakili negara dan tradisi kami kepada semua orang dalam cara yang belum pernah dilihat.”

Kredit: © Jyamma Games

Dengan kebangkitan genre soulslike, banyak game pasti akan dibandingkan dengan francais ikonik Dark Souls, termasuk Enotria. Basile mengakui hal ini, tetapi menekankan apa yang membezakan Enotria.

“Saya rasa keseluruhan latar, reka bentuk watak, dan plotnya sangat diilhamkan. Terdapat banyak klon Dark Souls di luar sana, kami berusaha sebaik mungkin untuk membezakan game ini daripada yang lain.”

Kredit: © Jyamma Games

Salah satu elemen paling menarik dalam Enotria: The Last Song ialah ceritanya. Dalam game, naratif perhalan-lahan diceritakan melalui persekitaran, dialog NPC, dan petunjuk yang berselerak di seluruh dunia.

Basile menjelaskan bahawa game ini mengekalkan keseimbangan antara penceritaan langsung melalui sinematik dan NPC serta penceritaan tidak langsung melalui eksplorasi. Pendekatan dua hala ini memastikan kedua-dua pemain yang menggemari naratif langsung dan mereka yang suka mengumpulkan petunjuk dapat menemui sesuatu yang menyeronokkan.

“Cerita utama diwakili oleh NPC dan sinematik dengan bos utama dan watak-watak, tetapi semua latar belakang dan peristiwa yang membawa kepada Canovaccio dan apa yang sedang berlaku di dunia boleh ditemui melalui persekitaran, item, dan kompendium,” katanya.

Mekanik “Topeng” Menjadi Kelainan Unik

Kredit: © Jyamma Games

Ke topik seterusnya, satu ciri yang menyerlah dalam Enotria ialah mekanik topeng, yang bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori tetapi juga elemen gameplay penting. Pemain boleh menukar topeng untuk mengubah abiliti watak mereka dan gaya bertarung semasa bertarung, mencipta pengalaman yang dinamik.

Apabila ditanya bagaimana pasukan menghasilkan konsep ini, Basile menjelaskan.

“Ideanya adalah gambaran watak utama yang satu-satunya yang boleh berinteraksi dengan Ardore dan melarikan diri daripada peraturan Canovaccio. Oleh itu, dia boleh bertindak sebagai setiap topeng pada bila-bila masa.”

Kelainan ini menambah lapisan fleksibiliti yang jarang dilihat dalam game soulslike, di mana pemain biasanya komited kepada satu build sepanjang permainan. Basile menyatakan bahawa kebebasan untuk menukar binaan ini telah diterima baik oleh pemain, memberikan kelainan unik pada mekanik genre tradisional.

Kredit: © Jyamma Games

Apabila ditanya tentang topeng kegemaran Basile, jawapan yang diberi adalah Pulcinella.

“Pulcinella adalah kegemaran saya kerana lakonannya yang menarik dan perkembangan wataknya sepanjang plot permainan,” kongsinya, memberikan pandangan tentang naratif mendalam yang terikat dengan topeng ikonik ini.

Cabaran Bos Tersembunyi

Kredit: © Jyamma Games

Selain bos utama, Enotria juga penuh dengan bos-bos tersembunyi yang menunggu untuk ditemui oleh pemain yang berani. Basile mengesahkan, “Game ini penuh dengan bos tersembunyi, teroka untuk menentang kesemuanya!”

Ke hal gameplay, ramai pemain yang mencuba Enotria: The Last Song mendapati sistem parry terlalu kuat, menyebabkan persoalan sama ada game ini menggalakkan gaya pertarungan berfokuskan parry. Basile mengesahkan bahawa walaupun parry penting, ia direka untuk melengkapkan mekanik “high-risk, high-reward” dalam game.

Kredit: © Jyamma Games

“Sama seperti roll, blocking biasanya pergerakan perlahan, dan kami ingin mengelakkan itu. Selain itu, ia sesuai dengan mekanik high-risk, high-reward dan trade-off kami,” jelasnya.

Lebih Banyak Kandungan?

Kredit: © Jyamma Games

Walaupun Basile mengusik tentang potensi kandungan pada masa depan, dia kekal berahsia mengenai rancangan khusus.

“Enotria adalah francais yang berpotensi tinggi dengan world-building yang besar. Masih banyak yang ingin dipaparkan dan lebih banyak cerita yang boleh diceritakan. Tetapi buat masa ini, usaha kami tertumpu pada operasi selepas pelancaran,” kongsinya.

Sebelum menamatkan temu bual, Basile meninggalkan mesej kepada semua peminat dan pemain:

“Hai semua! Saya harap dapat melihat anda semua di Enotria menikmati matahari, tetapi berhati-hatilah, ia mungkin bukan percutian yang santai!”

Bagi mereka yang berminat, Enotria: The Last Song kini tersedia di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Epic Games, Steam. Buat masa terhad, game ini dijual pada diskaun di majoriti platform. Tawaran ini akan tamat pada 31 Oktober, jadi inilah peluang anda untuk mendapatkan game ini pada harga lebih murah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifEnotria: The Last Songinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

gamescom asia 2024 Memecahkan Rekod Kehadiran, Pencapaian Besar untuk Industri Gaming Asia Tenggara

Next Post

Filem & Siri Anime/Animasi Menarik Untuk Tonton Di Netflix – November 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
Filem & Siri Anime/Animasi Menarik Untuk Tonton Di Netflix – November 2024!

Filem & Siri Anime/Animasi Menarik Untuk Tonton Di Netflix - November 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd