Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Ejen Ali The Movie 2” Tampil Pada 22 Mei – Sut Satria Bangkit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 26, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
“Ejen Ali The Movie 2” Tampil Pada 22 Mei – Sut Satria Bangkit!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Ejen Ali The Movie 2 disahkan akan tayang di pawagam Malaysia pada 22 Mei 2025. Berita ini disahkan melalui GSC dan TGV.

Musuh lama, permainan baharu! 🔥

Official trailer #EjenAli The Movie 2 | Misi: Satria dah tiba‼️ Bersedia untuk misi penuh aksi yang bakal menggegarkan pawagam GSC mulai 22 Mei 2025! 🚀🎬#EjenAliTheMovie2 #MisiSatria #EjenAli2 #EATM2 pic.twitter.com/Jz4NgKqjRF

— GSC (@GSCinemas) March 25, 2025

EJEN ALI IS BACK GUYSSS!!!!!!! 🔥🔥🔥#EjenAliTheMovie2 #MisiSatria akan datang di TGV 22 Mei ini. 💥#TGVHomeofHeroes #EjenAli #EjenAli2 #EATM2 pic.twitter.com/oLgnenJmz8

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) March 25, 2025

Ejen perisik yang popular, Ejen Ali, akhirnya kembali dengan trailer penuh untuk “Ejen Ali The Movie 2!” Treler ini, yang diberi nama “Misi: Satria,” turut mengesahkan bahawa filem animasi ini akan ditayangkan di Malaysia pada Mei 2025, walaupun tarikh tepat masih belum diumumkan.

Dengan tayangan filem yang semakin hampir, trailer ini memberikan pandangan pertama yang paling terperinci bagi jalan cerita, visual, dan aksi dalam sekuel ini. Berlatarbelakangkan bandar futuristik Cyberaya, filem ini meneruskan pengembaraan Ali apabila dia mengharungi cabaran baru bersama Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Ternyata, trailer ini benar-benar menarik, dengan satu babak hebat yang memaparkan Ali dalam “Satria,” sejenis sut perisai dibantu AI dengan reka bentuk canggih yang meningkatkan kemampuan fizikal kepada mana-mana ejen yang memakainya.

Kredit: Wau Animation

Walaupun plot penuh Ejen Ali The Movie 2 masih dirahsiakan, kenyataan rasmi dan teaser mendedahkan bahawa peranan Ali sebagai juruterbang “Project Satria” akan memacu cerita, memperkenalkan konflik dan perubahan baru seperti musuh misteri serta peningkatan besar untuk Alicia (kawan karib Ali) yang kini juga memakai gajet IRIS (Infinity Retinal Intelligence System).

Pengarah Usamah Zaid menyatakan bahawa walaupun filem ini kendiri, menonton filem pertama akan memperkayakan pengalaman dengan memberikan konteks untuk plot utama. Sekuel ini bermula selepas peristiwa musim ketiga siri “Ejen Ali,” dengan fokus kepada perkembangan Ali dan Alicia sebagai ejen.

Kredit: Wau Animation

Pelakon suara original turut kembali, dengan Ida Rahayu Yusoff mengulangi peranannya sebagai Ali dan kucing kesayangan, Comot, Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia, Shafiq Isa sebagai Ejen Bakar, dan Azman Zulkiply meminjamkan suaranya untuk Rizwan serta Jeneral Rama.

Tags: Ejen Ali: The Movie 2
ShareTweetSend
Previous Post

RPG ‘EDENS ZERO’ Akan Berlepas 15 Julai – Pre-Order Kini Dibuka!

Next Post

Dreamhaven Showcase 2025 – Wildgate, Sunderfolk, Lynked: Banner of the Spark!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Dreamhaven Showcase 2025 – Wildgate, Sunderfolk, Lynked: Banner of the Spark!

Dreamhaven Showcase 2025 - Wildgate, Sunderfolk, Lynked: Banner of the Spark!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd