Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eiichiro Oda mendedahkan mengapa ibu Luffy tidak akan muncul dalam anime atau manga!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Eiichiro Oda mendedahkan mengapa ibu Luffy tidak akan muncul dalam anime atau manga!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kita bincang tentang One Piece, banyak persoalan yang tiada jawapan muncul di minda peminat termasuk saya. Francais ini telah berjaya menjelaskan pelbagai misteri sepanjang 20+ tahun ia berlangsung, tetapi setiap jawapan hanya membawa kepada lebih banyak misteri. Salah satu misteri terbesar yang masih belum kita tahu ialah siapakah ibu Monkey D. Luffy? Kita sudah tahu tentang ayah Luffy iaitu Monkey D. Dragon, tetapi apabila Eiichiro Oda ditanya mengenai ibu Luffy, kita tidak pernah dapat jawapan kukuh.

Baru-baru ini, pelakon suara di sebalik Luffy, berkongsi kepada peminat sesuatu yang diberitahunya oleh Eiichiro Oda. Mayumi Tanaka telah menyuarakan Luffy sejak episod pertama, dan sudah tentu, dia juga ingin tahu tentang ibu kandung wira kami. Satu hari, Mayumi Tanaka bertanya kepada Oda soalan ini, di mana Oda membalas dia tidak berminat untuk meneroka ahli keluarga Luffy.

https://twitter.com/SoulstormOP/status/1302370215418888192

Menurut Twitter SoulstormOP, Tanaka mengatakan Oda sengaja memulakan perjalanan Luffy sebaik sahaja dia meninggalkan ibu bapa dan rumahnya.

“Pengembaraan Luffy bermula setelah dia meninggalkan pelukan ibunya. Saya ingin menceritakan kisah pemuda ini, jadi [ibunya] bukan sebahagian daripada itu.”

Dalam kolum Q&A lama, Oda menjawab soalan mengenai ibu-ibu di One Piece yang mati atau hilang. Oda mengatakan bahawa ia bukan kebetulan mereka sering muncul dalam situasi seperti itu.

“Jawapannya mudah. Ini kerana ‘ibu’ adalah bertentangan daripada ‘pengembaraan’.” -Oda.

Nampaknya Oda tidak mahu berurusan dengan perkara yang menyusahkan dalam One Piece, jadi dia memastikan isu-isu seperti ini tidak muncul daripada awal cerita. Luffy, Zoro dan Franky tidak pernah tanya tentang keadaan ibu mereka sepanjang siri dan peminat sudah tahu yang ibu angkat Nami dibunuh oleh Arlong datang. Ibu Usopp, Brook, Robin, dan Sanji juga mati dan ini adalah trend yang sukar untuk dinafikan, jadi anda semua tidak perlu tertanya lagi jika ibu Luffy akan muncul atau tidak. Paling penting sekali ialah kita tahu Curly Dadan merupakan “ibu” terbaik untuk Luffy dan itu adalah satu fakta!

Apa pendapat anda tentang keputusan Oda? Adakah dia akan mengenal kami semua kepada ibu Luffy satu hari nanti atau biar kita berimaginasi selama-lamanya? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen.

Tags: animeEiichiro OdaFaktaibu Monkey D. LuffymangaMayumi TanakaMonkey D.Luffyone pieceTrivia
Previous Post

Prizepool RM10,000 dalam rebutan! Tournament Online MSI Valorant akan berlangsung September ini!

Next Post

POCO X3 NFC gaming phone mampu milik terbaru didedahkan secara global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
POCO X3 NFC gaming phone mampu milik terbaru didedahkan secara global!

POCO X3 NFC gaming phone mampu milik terbaru didedahkan secara global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd