Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball membeli hak eksklusif kelab Inter Milan, tidak akan muncul dalam FIFA

safwan by safwan
July 4, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
eFootball membeli hak eksklusif kelab Inter Milan, tidak akan muncul dalam FIFA
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2021 sebelum menukar nama kepada eFootball, Konami telah berjaya memperoleh hak eksklusif kepada beberapa pasukan Serie A termasuk Juventus, Lazio, Napoli dan Roma. Kali ini, mereka telah berjaya mendapatkan lesen daripada FIFA untuk menampilkan satu lagi pasukan daripada liga tersebut iaitu Inter Milan dalam eFootball.

Konami Digital Entertainment B.V mendedahkan bahawa mereka telah membentuk perkongsian bertahun-tahun dengan kelab Itali iaitu FC Internazionale Milano atau lebih dikenali sebagai Inter Milan, menurut Konami. Daripada perkongsian ini, mereka akan menampilkan Inter Milan secara eksklusif di dalam eFootball bermula pada bulan Julai 2024.

Bermula pada tahun 2024, Inter Milan tidak lagi secara rasmi dimasukkan sebagai pasukan yang boleh dimainkan dalam siri FIFA atau EA Sports FC. Inter Milan akan ditampilkan secara rasmi dalam eFootball bukan sekadar pemain sahaja tetapi ia merangkumi keseluruhan pasukan tersebut termasuk badge, kit, dan juga Stadium San Siro.

Dengan EA mengumumkan perkongsian antara mereka dan FIFA telah berakhir pada awal tahun ini, EA akan melancarkan game bola sepaknya dengan nama yang berlainan iaitu EA Sports FC selepas tahun 2023. Nampaknya FIFA sedang mencari studio baharu untuk membuat game bola sepaknya.

Namun, Konami tidak akan menjadi studio tersebut. Hal ini mungkin melibatkan pelancaran eFootball 2021 berjalan dengan teruk sehingga ia dibatalkan. Konami terpaksa bermula dari awal pada awal tahun ini.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa eFootball akan menampilkan Inter Milan secara eksklusif pada Julai 2024. Selepas ini, kita boleh nampak FIFA dan EA Sports FC tidak menggunakan nama Inter Milan lagi dan mungkin akan ditukar kepada nama yang lain. Terdapat juga kelab besar lain yang hanya muncul secara eksklusif dalam eFootball seperti Roma, Napoli dan Bayern Munich.

Jadi, apa pendapat anda mengenai eFootball akan menampilkan Inter Milan secara eksklusif? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Muat turun di sini
eFootball 2022
Publisher: Konami
Release Date: 2021-09-30
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
eFootball is a football simulation video game developed and published by Konami. It is a free-to-play game after being completely rebranded from the original Pro Evolution Soccer series to the eFootball series. The game's first season, entitled eFootball 2022, was released on 30 September 2021.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EfootballInter Milankonami
Previous Post

Mission Zero: Perkenalkan watak-watak unik bersama video trailer! Aya, Gabriel dan Vanessa bersedia untuk misi!

Next Post

Tsuburaya mengumumkan siri Ultraman Regulos, ultra sado & pakar kung fu

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Tsuburaya mengumumkan siri Ultraman Regulos, ultra sado & pakar kung fu

Tsuburaya mengumumkan siri Ultraman Regulos, ultra sado & pakar kung fu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd