Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball 2024 Rasmi Lancar Hari Ini! Muat Turun Season Baru Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2023
in Artikel
0 0
0
eFootball 2024 Rasmi Lancar Hari Ini! Muat Turun Season Baru Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas penantian yang lama, hari ini KONAMI Digital Entertainment Limited secara rasmi telah mengumumkan pelancaran eFootball 2024, musim baharu dalam game bola sepak perdana mereka. Menampilkan pelbagai kemas kini dan kandungan baharu, musim 2024 sepatutnya menjanjikan pengalaman yang lebih baik buat penggemar sukan.

Sempena itu, KONAMI turut mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=nce2U6ZcGPI&ab_channel=eFootball

Kemas kini pada Kelab Rakan Kongsi

Kredit: KONAMI

KONAMI mengekalkan beberapa pasukan paling ikonik di seluruh dunia seperti Manchester United FC, FC Bayern München, Internazionale Milano, AC Milan, Arsenal FC, dan FC Barcelona.

Secara am, pasukan yang disenaraikan ini (dan banyak lagi), akan menampilkan kit, stadium dan skuad yang dikemas kini dalam game untuk mencerminkan dunia sebenar. eFootball juga kekal sebagai satu-satunya tempat di mana kita boleh bermain di lokasi ikonik seperti Allianz Arena, Spotify Camp Nou, San Siro dan Stadio Olimpico.

Ciri-ciri baru pada Gameplay

Kredit: KONAMI

eFootball 2024 akan menambah pelbagai kemas kini pada gameplay. Berdasarkan maklum balas pemain, KONAMI telah melaksanakan pelbagai perubahan untuk meningkatkan keasyikkan dan realisme yang dibawa dalam game.

Perubahan utama tertumpu pada menggelecek dan bertahan. Tindak balas kawalan yang ditambah baik akan membolehkan pengguna meniru aksi yang dibuat pada pemain elit, sekali gus membolehkan pemain untuk mengawal bola dengan lebih dekat malah menggelecek melalui situasi yang payah.

Peningkatan ketepatan dalam kemahiran individu juga membolehkan pengguna menyelaraskan pasukan dan taktik mereka ke tahap lebih tinggi dan mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol di padang maya.

Menambah ‘Boosters’ untuk Team Building

Kredit: KONAMI

‘Boosters’ ialah ciri baharu dalameFootball, di mana kita dapat meningkatkan atribut-atribut bagi pemain kegemaran. ‘Boosters’ akan membolehkan pemain bermain melebihi parameter biasa (had 99), yang bermaksud kita dapat mengembangkan lagi kemahiran dan sifat individu pelbagai pemain dalam ‘Dream Team’.

Pelbagai jenis boosters akan tersedia dalam game, termasuk booster khusus untuk pemain, boosters yang mempengaruhi keseluruhan pasukan, booster yang muncul apabila pemain yang memenuhi kriteria tertentu.

Lionel Messi kekal sebagai Duta Global

Kredit: KONAMI

KONAMI mengumumkan sambungan kerjasama mereka bersama Lionel Messi. Legenda Argentina tersebut akan kekal sebagai bintang dan wajah untuk pelbagai kempen komersial eFootball di seluruh dunia.

Dia juga akan menjadi nama ‘eFootball 2024: Leo Messi Edition’ baharu– yang kini boleh dibeli pada PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows; serta ‘Premium Ambassador Pack: Leo Messi’ untuk mobile dan Steam.

Dalam edisi ini, pemain akan menerima Kad Messi eksklusif dilengkapi dengan ciri ‘booster’ baharu, satu set 10 pemain Highlight yang terdiri daripada rakan sepasukan sebelumnya, 11x set 4,000 EXP dan 300 syiling eFootball.

*eFootball coin tidak termasuk dalam Premium Ambassador Pack: Leo Messi.

Bermula dengan Startup Campaign

Kredit: KONAMI

Tidak kira jika anda adalah pemain baharu atau veteran, pemain dari semua peringkat boleh memanfaatkan sepenuhnya pelbagai ganjaran yang menanti mereka dengan pelancaran ‘Startup Campaign’ baharu.

Melalui Login Bonus, pengguna boleh memperoleh 4 ‘Chance Deals’, 360,000 GP, 60,000 EXP, dan 120 eFootball coin. Tambahan pula, melalui pencapaian kempen, pemain boleh menambah 400,000 GP, 120,000 EXP, 100 eFootball coin, dan 4 Skill Training Program!


Bagi mereka yang berminat, eFootball 2024 kini boleh dimuat turun di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10, Steam, iOS, Android. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Villain Terkuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Next Post

EA Sports UFC 5 Bakal Lancar 27 Oktober ini di PS5 & Xbox Series! Pra-tempah Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!
Peluang Kerjaya

Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!

July 10, 2025
Next Post
EA Sports UFC 5 Bakal Lancar 27 Oktober ini di PS5 & Xbox Series! Pra-tempah Sekarang!

EA Sports UFC 5 Bakal Lancar 27 Oktober ini di PS5 & Xbox Series! Pra-tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd