Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan pelancaran eFootball 2023 di kedua-dua konsol dan mobile. Kembali untuk tahun kedua, eFootball meneruskan model ‘free-to-play’ dengan kandungan baru seperti data pemain dan stadium yang dikemas kini, serta menambahkan lagi kelab berlesen dalam senarai.
Berikut adalah senarai penambahan lengkap:
Perjanjian perkongsian baru
Dalam perjanjian lesen eksklusif, Liga BBVA MX akan ditambah dalam eFootball 2023, yang membawa kesemua 18 kelab Mexico, replikasi pemain, dan penambahan stadium Estadio Azteca yang bersejarah.
eFootball 2023 akan menyaksikan kepulangan dua bekas rakan kongsi iaitu AC Milan dan FC Internazionale Milano yang termasuk skuad penuh daripada kelab, kit dan stadium ikonik yang mereka kongsi: San Siro.
Namun, bukan hanya kelab sahaja yang Konami tambah. Pemain RB antarabangsa England, Trent Alexander Arnold, dan pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes, menyertai senarai pemain dua seperti Lionel Messi, Neymar Jr., dan Takefusa Kubo.
AFC Champions League 2022
eFootball 2023 juga mengalu-alukan AFC Champions League 2022, dengan skuad penuh dan kit kelab yang dikemas kini. Acara bertema ACL juga akan diadakan secara in-game pada hari kemudian.
Dua jenis Kad serba baru
Musim 2023 akan memperkenalkan dua jenis kad baharu untuk mode ‘Dream Team’ iaitu ‘Epic’ dan ‘Highlight’.
- ‘Epic’ – Kad Epic akan tertumpu kepada pemain paling hebat dalam sejarah bola sepak.
- ‘Highlight’ – Kad Highlight akan menumpukan pemain yang cemerlang pada musim 2022/23.
Butiran lanjut tentang jenis kad baharu boleh ditemui di sini.
Club Pack serba baru
Dengan penambahan AC Milan dan FC Internazionale Milano, serta kelab Mexico, eFootball 2023 akan menyertakan Club Pack untuk ketiga-tiga kelab, yang membolehkan pemain menambah keseluruhan skuad ke Dream Team mereka.
Malah orang yang baru mencuba game ini boleh membina skuad yang solid, kerana Pack ini memberikan mereka beberapa pemain terbaik dalam dunia.
Kelab dalam ‘Trial Match’ dikembangkan besar-besaran
Sebelum ini dalam siri eFootball, pemain boleh memilih salah satu daripada 9 kelab rakan kongsi semasa bermain offline dalam ‘Trial Match’. Jumlah ini akan dikembangkan hingga ke 26 dengan penambahan: AC Milan, Inter Milan, AS Roma, S.S.C. Napoli, Club America, Santos F.C.Universitario de Deportes, Sport Boys, Alianza Lima, Sporting Cristal, Atlético Mineiro, Sport Club Internacional, Colo-Colo, Universidad de Chile dan banyak lagi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh bermain eFootball 2023 sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post