Setelah banyak kali ditunda, eFootball 2022 akhirnya akan dilancarkan ke platform mobile secara global pada 2 Jun 2022. Melalui Twitter rasmi, pengumuman tersebut telah dibuat berserta maklumat mengenai kemas kini terbaru untuk game tersebut.
Kemas kini v1.1.0 eFootball 2022 akan memberikan gameplay baru serta Dream Team. Ia juga akan datang dengan penambahbaikan untuk perlawanan dalam talian dan server.
Tempoh penyelenggaraan kemas kini tersebut akan bermula pada 30 Mei sehingga 2 Jun 2022. Selepas itu, ia akan memulakan tempoh permulaan sehingga 15 Jun. Pada 16 Jun, eFootball 2022 akan mulakan pelbagai acara dalam game dan kempen, di mana pemain boleh mandapatkan ramai pemain dengan eFootball™ coin.
Menurut pengumuman rasmi, sebahagian kecil daripada pemain yang dimiliki dalam versi eFootball PES 2021 akan dibawa semula ke versi baru ini. Item lain seperti kontrak, training skill dan scout akan dipadam. Pemain juga akan dibahagikan kepada kategori baru yang dipanggil Standard, Featured, Trending dan Legendary. Segala item yang tidak dituntut dalam inbox juga akan dipadam.
Bukan setakat itu sahaja, eFootball 2022 mobile ini juga mempunyai fungsi cross-platform. Jadi, anda boleh pautkan versi mobile dengan versi konsol atau PC. Malah, lebih ramai pemain juga yang boleh dilawan nanti. Tetapi anda mungkin tidak mempunyai akses kepada friendly match atau live event sebelum 16 Jun nanti.
Apapun, harap-harap pelancaran eFootball 2022 mobile ini tidak menghampakan seperti versinya yang lain. Kalau anda inginkan liputan lanjut mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post