Berukutan kejayaan memecahkan rekod League of Legends Worlds Finals Opening Ceremony tahun lalu dan skin pertama dalam permainan yang direka secara rasmi oleh Nicolas Ghesquière – Pengarah Artistik Louis Vuitton dari Koleksi Wanita nampaknya kedua-dua syarikat besar Riot dan Louis Vuitton ini akan berkolaborasi sekali lagi projek LVXLOL dengan melancarkan edisi skin Prestige Louis Vuitton kedua mereka dan kali ini merupakan peluang untuk watak Senna mendapatkanya!
Kolaborasi diantara Louis Vuitton dan Riot Games telah mendefinisikan idea-idea radikal yang lebih mendalam tentang kerjasama antara fesyen dan permainan akan kelihatan menarik sekali. Anda boleh mencari reka bentuk kulit kolaboratif, serta imej koleksi kapsul yang sangat memukau mata! Skin Prestige pertama yang direka oleh Nicolas Ghesquière, untuk si juara Qiyana, merupakan salah satu daripada Riot Games yang paling popular yang ditawarkan pada tahun lalu.
Dan lebih menarik kali ini bukan setakat koleksi kapsul didalam permainan, berinspirasikan dari True Damage Senna dan skin edisi Prestige, koleksi kedua mengikuti inspirasi koleksi kapsul Qiyana yang dikeluarkan Disember 2019 lalu kini akan hadir di gedung dan gedung dalam talian Loius Vuitton seluruh dunia bermula 14 Februari ini. Anda boleh saksikan sendiri koleksinya digaleri bawah ini;
Buat masa ni harga edisi istimewa LV x LOL yang akan dijual di Louis Vuitton ini masih tidak dinyatakan. Sebarang kemaskini nantikan 14 Februari ini di laman web rasmi Louis Vuitton.
@gamersantaimy
Discussion about this post