Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports WRC akan tiba di PS5, Xbox Series & PC pada hujung tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
EA Sports WRC akan tiba di PS5, Xbox Series & PC pada hujung tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Electronic Arts dan Codemasters mengumumkan secara rasmi bahawa EA Sports WRC akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App) pada 3 November. Bagi mereka yang berminat, pre-order digital tersedia sekarang dan mempunyai akses awal selama tiga hari kepada game; Livery dan pek apparel untuk Ford, Toyota dan Hyundai; dan VIP Rally Pass untuk lima musim dalam permainan.

Bagi mereka yang kurang tahu, EA Sports WRC (juga dikenali sebagai WRC) adalah berdasarkan sukan lumba kereta rally dan merupakan game pertama untuk memegang lesen rasmi World Rally Championship sejak Colin McRae Rally 3 pada tahun 2002.

EA Sports WRC akan menampilkan 10 kereta jenis ‘Groups Rally’ daripada World Rally Championship, termasuk tiga kenderaan seperti Ford Puma, Hyundai i20 N dan Toyota GR Yaris serta tujuh kereta lain daripada kategori sokongan lain,kereta daripada World Rally Championship-2 dan Junior World Rally Championship, serta 68 kereta rally klasik.

Kredit: EA

Berikut adalah sorotan-sorotan game ini:

  • Buat Kereta Sendiri – Reka dan pandu kereta rally idaman anda dengan debut Builder mode.
  • Jadi Berita Sensasi – Berlumba dan atasi acara terbaharu bersama sorotan dunia sebenar dan imbasan nostalgia dalam mode Moments.
  • Sistem Pengendalian Dinamik – Sistem pengendalian kenderaan oleh Codemasters telah ditambah baik untuk WRC. Ubahsuai supaya sepadan dengan tahap kemahiran anda dan uji permukaan lumba.
  • Lebih Imersif – Berseronoklah dalam momen-momen euforia sambil bertarung dengan pelbagai unsur seperti tanah, salji dan asfalt semasa mengejar tempat nombor satu
  • Autentik – Dibina dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, pandu kereta WRC, WRC2 dan Junior WRC, dengan pemandu, pasukan dan liveri dari musim 2023. Cabar diri anda dan memandu kereta WRC epik dan 70 kenderaan bersejarah.
  • Lawat Seluruh Dunia – Dari Monte Carlo dan Portugal ke Kenya dan Jepun, berlumba di 17 lokasi WRC dengan lebih 200 litar semasa pelancaran.
  • Pengalaman Lengkap – Pelbagai mode disediakan termasuk Career, Championship, Time Trial, Multiplayer antara cross-platform, Regularity Rally, editor livery yang terperinci dan banyak lagi.
Kredit: EA
Kredit: EA

Sekali lagi saya ingatkan, EA Sports WRC akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App) pada 3 November.

Tags: EA Sports WRCwrc
ShareTweetSend
Previous Post

Kes rasuah dalam industri e-sukan Malaysia semakin membimbangkan!

Next Post

Cosplay mungkin diharamkan di China? Kerajaan China melarang pakaian yang ‘menyinggung perasaan’!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Cosplay mungkin diharamkan di China? Kerajaan China melarang pakaian yang ‘menyinggung perasaan’!

Cosplay mungkin diharamkan di China? Kerajaan China melarang pakaian yang 'menyinggung perasaan'!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd