Tidak sampai sebulan EA Sports FC 24 dilancarkan, EA Sports nampaknya sudah mempunyai satu lagi game bola baharu tetapi ianya sesuatu yang berbeza. Game tersebut adalah EA Sports FC Tactical, sebuah game mobile baharu yang akan dilancarkan pada 2024.

Untuk pengetahuan anda, EA Sports FC Tactical merupakan game turn-based strategi yang akan membawa anda banyak kelab popular serta pemain-pemainnya! Anda masih perlu mengumpul pemain dan menguatkan pasukan anda dengan melatih pemain. Sistem turn-based digunakan untuk perlawanan di mana pemain boleh menyerang, menggunakan skill dan banyak lagi.

Antara pemain yang bakal anda jumpa dalam EA Sports FC Tactical adalah Erling Haaland, Son Heung-min, Jude Bellingham, Federico Chiesa, dan Virgil van Djik, daripada liga teratas, termasuk Liga Perdana, La Liga, Bundesliga, Ligue 1 dan Serie A dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh bersaing dalam kejohanan seperti UEFA Champions League yang ikonik.

Terdapat juga beberapa mode untuk dimainkan oleh pemain seperti Rank, Leagues dan Guild. Jadi tubuhkan skuad impian anda, analisis padang game dan berlawan dengan pemain lain di seluruh dunia.
Melalui Time-Limited Matches dan drill, anda boleh meningkatkan level pemain dan pasukan untuk tunjukkan kemahiran anda atas padang!

Berminat untuk bermainnya nanti? Anda boleh pra-daftar game sekarang melalui App Store dan Google Play Store! Menurut laman App Store, game itu mungkin dilancarkan seawal 18 Januari 2024, jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post