Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 2022 akan diadakan sepenuhnya secara online sekali lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
E3 2022 akan diadakan sepenuhnya secara online sekali lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Entertainment Software Association, yang menguruskan acara  E3 (Electronic Entertainment Expo) mengumumkan bahawa acara ini akan diteruskan dalam format “online” sahaja pada tahun 2022. Ini merupakan tahun kedua E3 diadakan secara dalam talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

E3 2021 Online Portal and App Details Officially Revealed - Electronic  Entertainment Experience

Dalam mesej yang diberikan kepada VentureBeat hari ini, ESA mendedahkan bahawa rancangan untuk mengadakan E3 di Pusat Konvensyen Los Angeles terpaksa dibatalkan berikutan penularan pantas varian Omicron COVID-19.

“Disebabkan risiko kesihatan yang berterusan berkait COVID-19 dan kesannya terhadap keselamatan penganjur dan peserta, E3 tidak akan diadakan secara berdepan pada 2022,” kata ESA dalam satu kenyataan. “Kami tetap teruja dengan masa depan E3 dan tidak sabar untuk mengumumkan butiran lanjut tidak lama lagi.”

Tarikh acara masih belum ditetapkan buat masa ini.

https://twitter.com/Futterish/status/1479192501965762562

Menurut bekas editor Game Informer dan pengasas F-Squared, Mike Futter, ESA sudah membuat keputusan ini pada pertengahan November 2021.

“Saya dengar daripada sumber – pada pertengahan November, sebelum kemunculan Omicron pada hujung bulan bahawa ESA telah membatalkan acara mereka di Pusat Konvensyen Los Angeles. Acara ESA pada musim panas lalu… tidak bagus. Dan penerbit telah belajar mereka tidak perlu membayar nilai yang terlalu tinggi kepada ESA untuk menghubungi akhbar dan pengguna.”

E3 2021 predictions: 11 headlines every gamer would love to read

Seperti yang dinyatakan di atas, ini menandakan tahun kedua berturut-turut di mana E3 diadakan dalam format digital sahaja. 2020 merupakan tahun paling malang kerana E3 terpaksa dibatalkan serta merta selepas wabak COVID-19 mula menular pada awal tahun.

Pada masa yang sama, hos dan penerbit Geoff Keighley mengesahkan bahawa Summer Game Fest akan kembali pada hujung tahun ini. Walaupun semuanya online, korang semua tidak perlu risau kerana masih ada banyak berita gaming besar yang menunggu untuk diumumkan.

pic.twitter.com/5MLaSCESlH

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 6, 2022

Untuk segala berita kami tentang E3, sila tekan pautan ini.

Tags: acaraE3 2022online
Previous Post

The Last of Us 2 Multiplayer mungkin free-to-play dan mempunyai mikrotransaksi!

Next Post

Akaun Beta Tester Genshin Impact kena Ban dan didenda lebih RM 300 ribu kerana dikhianati kawan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Akaun Beta Tester Genshin Impact kena Ban dan didenda lebih RM 300 ribu kerana dikhianati kawan!

Akaun Beta Tester Genshin Impact kena Ban dan didenda lebih RM 300 ribu kerana dikhianati kawan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd