Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Permainan ARPG Marvel’s Guardians of the Galaxy akan keluar Oktober 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2021
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[E3 2021] Permainan ARPG Marvel’s Guardians of the Galaxy akan keluar Oktober 2021!
0
SHARES
136
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada acara E3 2021, Square Enix dan pembangun Eidos-Montreal secara rasmi telah mendedahkan permainan Marvel’s Guardians of the Galaxy, sebuah permainan video baru yang menampilkan watak-watak Marvel ikonik untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC pada 26 Oktober 2021.

Dalam permainan “third-person” ini, pemain akan mengawal Peter Quill ketika dia memimpin ahli pasukannya yang unik. Pemain harus membuat keputusan yang menentukan hubungan mereka dengan watak dan jalan cerita di mana naratif cerita memfokuskan kepada pasukan “Guardians ” yang masih “baru” ketika mereka menyelamatkan alam semesta. Pemain akan melawat pelbagai planet dan bakal menemui beberapa watak baru dan juga yang lama.

Video gameplay di atas menunjukkan perbualan antara semua ahli Guardians yang sedang berbincang cara untuk dapatkan wang. Setelah mendarat di planet yang berbahaya, mereka tidak lama selepas itu menemui sekumpulan musuh. Kehebatan Star Lord dipamerkan kali ini semasa melawan sekumpulan binatang makhluk asing. Star Lord juga dapat memerintahkan rakan sepasukannya dalam pertempuran untuk memberikan bantuan dan memperoleh XP.

Seperti yang dinyatakan di atas, permainan Marvel’s Guardians of the Galaxy akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC pada 26 Oktober. Ia kini tersedia untuk pra-pesanan yang menawarkan pakej kosmetik bonus. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.

Sumber – Square Enix

Tags: ARPGE3 2021MarvelMarvel's Guardians of the Galaxysquare enix
Previous Post

[E3 2021] Trailer gameplay dan tarikh pelancaran Stalker 2: Heart of Chernobyl didedahkan

Next Post

[E3 2021] Square Enix Presents- Memperkenalkan Hitman Sniper: The Shadows akan datang ke Android dan iOS!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
[E3 2021] Square Enix Presents- Memperkenalkan Hitman Sniper: The Shadows akan datang ke Android dan iOS!

[E3 2021] Square Enix Presents- Memperkenalkan Hitman Sniper: The Shadows akan datang ke Android dan iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd