Selama bertahun-tahun, terdapat banyak khabar angin di internet tentang Metroid Dread. Malangnya, Nintendo tidak pernah mendedahkan apa maklumat mengenai game aksi 2D tersebut. Namun, ternyata, semuanya betul kerana Metroid Dread akan dilancarkan pada tahun ini!
Semasa acara E3 2021, Nintendo secara rasmi mendedahkan Metroid Dread, bersama gameplay sebenar. Watak utama Samus kini memiliki pakaian baru yang berwarna putih dan biru, di mana kita boleh melihat dia menjelajahi beberapa kawasan baru. Dia juga diburu oleh makhluk mekanikal yang dikenali sebagai E.M.M.I. Selain itu, trailer juga menunjukkan beberapa alat baru seperti abiliti bersembunyi bernama Phantom Cloak yang digunakan untuk mengelakkan diri dari diimbas oleh robot musuh.
Produser Yoshio Sakamoto mendedahkan bahawa E.M.M.I. akan meronda zon tertentu dan setelah Samus dikesan, mereka akan mengejarnya tanpa henti. Sebenarnya, senjata Samus pun tidak boleh mencederakan musuh robot ini, jadi pastikan diri tidak ditangkap.
Selain ancaman E.M.M.I., Metroid Dread mengekalkan dan menambah baik banyak fitur yang membuatkan permainan 2D klasik tersebut terkenal. Pemain digalakkan untuk meneroka dunia persekitaran untuk mencari upgrade dan alat baru supaya dapat meneroka dengan lebih mendalam. Beberapa ciri lain juga kembali lagi termasuk “melee counter” dan fitur “free-aim”, supaya Samus mempunyai kawalan penuh di mana dia menembak.
Metroid Dread akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 untuk Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post