Microsoft menamatkan pameran E3 2021 mereka dengan pengumuman mengenai Xbox Mini Fridge yang berbentuk seperti Xbox Series X. Berikutan pertarungan peraduan jenama Twitter Championship di antara Xbox dan Skittles, Xbox telah mendapat kemenangan di puncak, jadi Microsoft akan melancarkan peti sejuk mini Xbox dalam tahun ini.
Xbox and Chill ❄️
The Xbox Mini-Fridge is coming this holiday season | #XboxBethesda #XboxandChill pic.twitter.com/thCE031RXs
— Xbox (@Xbox) June 13, 2021
Microsoft menyatakan bahawa Xbox Mini Fridge akan menjadi peti sejuk mini paling hebat di dunia, dan merupakan salah satu titik pemasaran utama untuk konsol Xbox Series X. Syarikat tersebut telah mengambil peluang dimana sebelum ini, reka bentuk konsol tersebut telah dijadikan bahan jenaka kerana disamakan dengan peti ais, jadi dari situlah tercetusnya Xbox Mini Fridge ini.
Peti sejuk mini ini digambarkan cukup besar untuk menyimpan sekurang-kurangnya sembilan tin air soda dengan reka bentuk seperti siri Xbox X dan mempunyai lampu hijau neon yang sama dengan tanda dagangan Xbox didalamnya. Terdapat juga lubang seperti pembesar suara Series X di atasnya sebagai ruang udara, dan sekali imbas memang seperti konsol tersebut.
Selain itu, Microsoft tidak menyatakan tarikh rasmi pelancarannya, kecuali diumumkan akan tiba pada musim cuti tahun ini. Malah syarikat itu juga tidak berkongsikan harga, fitur dan maklumat lain seperti adakah ianya bakal menjadi koleksi tertutup yang terhad serta didatangkan dengan tema.
Jadi apa pendapat anda? Mesti cool gila kalau dapat letakkan Xbox Mini Fridge ini dekat setup gaming korang kan? Apa-apa pun kita nantikan pengumuman harga dari Microsoft nanti. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post