Acara terbesar untuk industri permainan video, E3 2021 bakal tiba pada hujung minggu ini! E3 atau Electronic Entertainment Expo tahun ini akan berlangsung secara digital bermula 12 Jun sehingga 15 Jun 2021. Pelbagai studio permainan digital terkemuka akan menyertai acara tersebut seperti Nintendo, Capcom, Ubisoft, Take-Two Interactive, Warner Bros. Games dan Koch Media. Kini, penganjur kepada acara tersebut, iaitu Entertainment Software Association (ESA) telah berkongsi jadual penuh untuk acara E3 hujung minggu ini.
Walaupun ini adalah acara terbesar, tetapi penerbit ternama seperti Konami telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai E3 2021 hujung minggu ini kerana ingin menyiapkan “key project”. Namun, slot untuk acara ini masih padat, kerana Ubisoft akan turut melangsungkan persidangan Ubisoft Forward mereka. Anda boleh lihat jadual siaran untuk E3 2021 dibawah.
Disebabkan masalah pandemik COVID-19 yang semakin serius ini, E3 2021 terpaksa dilangsungkan secara atas talian, bermula 12 Jun sehingga 15 Jun nanti. Siaran langsung E3 2021 ini akan dihoskan oleh Greg Miller, Jacki Jing, dan Alex “Goldenboy” Mendez serta merangkumi sidang media, pendedahan dan pengumuman game terbaru, temubual bersama pembangun dan banyak lagi.
Selain itu, antara siaran langsung yang paling menjadi tumpuan adalah seperti Ubisoft Forward, Xbox and Bethesda Games Showcase, Square Enix Presents, Nintendo Direct dan GameSpot’s Play For All. Jadi anda boleh kosongkan jadual pada waktu tersebut untuk melihat pengumuman dan pendedahan game baru dari pembangun-pembangun terkenal.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara E3 2021 hujung minggu ini, anda boleh ikuti Twitter dan Facebook rasmi E3. Jangan lupa untuk ikuti liputan kami sepanjang acara tersebut dijalankan. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sebelum ini mengenai E3 2021, tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post