Ia tahun 1946, dan zombie berkeliaran dalam apa yang hanya tinggal sebagai sisa-sisa di Eropah selepas Plan Z dalam Perang Dunia kedua. Pemaju Rebellion menunjukkan zombie dalam keluaran game terbarunya hari ini di PC Gaming Show semasa Ekspo Hiburan Elektronik (E3).
Di dalam trailer itu, kita dapat menyaksikan zombie Nazi yang mengamuk dengan memegang flamethrower dan mempunyai simbol satanic yang bersinar. Bermain sebagai penembak handal, korang akan mengambil satu per satu daripada zombie itu. Terdapat juga machinegun yang berat yang diberikan kepada pemain untuk memusnahkan lagi makhluk-makhluk tersebut.
Ia berakhir dengan imej Zombie Hitler berlegar di atas bandar yang runtuh yang merupakan medan pertempuran dalam trailer. Studio ini terkenal dengan Sniper Elite V2, tetapi juga menerbitkan permainan seperti Battlezone. Bakal hadir pada tahun 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post