Apabila Mario, Sonic, dan rakan-rakan mereka pulang ke pentas sukan terhebat dunia di Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020, mereka akan menyertai pertandingan terbaru di Olimpik seperti yang diumumkan oleh Nintendo semasa presentation Nintendo Direct mereka di E3 2019.
Karate, skateboarding, sport climbing, dan surfing akan membuat debut Olimpik mereka di Tokyo, dan footage gameplay Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 semasa di Nintendo Direct menampilkan pelbagai watak Sega dan Nintendo bersaing di dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Sukan lain juga terdapat di dalam trailer termasuk sukan utama Olimpik seperti tinju, bola sepak, berenang, dan gimnastik.
Permainan video ini menawarkan pelbagai skema kawalan yang termasuk motion control menggunakan pad Joy-Con Nintendo Switch, serta multiplayer di local split-screen dan online play. Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 akan keluar pada November tahun ini secara eksklusif untuk Nintendo Switch.
@gamersantaimy
Discussion about this post