Siri game Gears of War tidak asing lagi dalam dunia gaming. Merupakan Franchise yang sangat popular dan keluaran pertama mereka adalah pada tahun 2006. Microsoft Studio telah berjaya membawa sequel dari Gears of War 4 dengan Gears 5. Dalam trailer, tidak asing lagi, kita nampak Marcus Fenix, diikuti dengan Kait Diaz dimana mencari jawapan dari Locust.
Selain dari mereka bersedia untuk Gears 5, mereka mencuba dengan genre yang lain dari siri Gears of War. Tetapi, dengan menggunakan Gears of War IP. Semasa conference, mereka juga fokus kepada game lain yang dipanggil, Gears Tactics. Game yang saling tak tumpah macam XCom, bermaksud, game tersebut dimainkan secara Tactic.
Gears POP pula merupakan cubaan Microsoft Studio dalam menembusi market Mobile Gaming. Ianya merupakan game mobile dan berkolaborasi bersama dengan Funko, syarikat membuat mainan. Karekter dilihat seperti Funko Pop, tapi masih tidak tahu macam mana game tu lagi. Tapi, yang pasti, game tersebut akan ada untuk kedua-dua iOS dan juga Android pada tahun depan.
@gamersantaimy
Discussion about this post