Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dua filem live action Fullmetal Alchemist akan hadir di Netflix pada bulan Ogos, September 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 19, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Dua filem live action Fullmetal Alchemist akan hadir di Netflix pada bulan Ogos, September 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuat tayangan perdana pada pertengahan tahun 2022,  dua filem live action Fullmetal Alchemist nampaknya akan ditayangkan sekali di platform popular Netflix sempena sambutan ulang tahun ke-20 manga original oleh Hiromu Arakawa. Korang boleh tonton treler rasmi di bawah:

Berikut adalah sinopsis daripada laman web Netflix:

Pertarungan terakhir untuk masa depan telah bermula. Legenda ini diakhiri dengan kedua-dua filem ini, membentuk “versi lengkap” yang menceritakan kisah sehingga tamat manga original.

Ed dan Al melawat Central, di mana seorang pembunuh bersiri sedang menyasarkan para State Alchemist. Walaupun identiti penjenayah tidak diketahui, dia digelar “Scar” kerana parut berbentuk X di dahinya. Apabila kedua-dua wira menjadi sasaran juga, mereka melawan Scar. Semasa menghadapi kekuatan yang luar biasa, Automail milik Ed dimusnahkan dan hayat mereka nyawa-nyawa ikan.

Adakah adik-beradik itu dapat mengatasi krisis ini dan memulihkan tubuh asli Al? Rahsia yang tersembunyi, acara “Promised Day”, dan masa lalu bapa Ed dan Al — misteri demi misteri dan kebenaran terbongkar apabila cerita ini menuju ke penamat yang epik. Apakah jawapan terakhir…?

Kedua-dua filem ini akan menampilkan Ryōsuke Yamada sebagai Edward Elric, Atomu Mizuishi sebagai Alphonse Elric, Tsubasa Honda sebagai Winry Rockbell, Dean Fujioka sebagai Roy Mustang dan Mackenyu Arata sebagai Scar.

“Fullmetal Alchemist The Revenge of Scar” akan mula disiarkan pada hari Sabtu 20 Ogos manakala sekuelnya “Fullmetal Alchemist The Final Alchemy” akan mula disiarkan pada hari Sabtu, 24 September – semuanya eksklusif di Netflix.

Untuk sesiapa yang tidak tahu tentang versi manga atau anime, boleh baca sinopsis yang kami sediakan.

Fullmetal Alchemist mengisahkan Edward Elric dan adiknya Alphonse Elric cuba belajar menggunakan alkimia daripada seorang guru untuk menghidupkan semula ibu mereka, Trisha, yang meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati.

Namun, percubaan itu gagal – malah kuasa yang terhasil “mengambil” kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse, namun Edward berjaya menyelamatkan Alphonse dengan mengorbankan lengan kanannya. Selepas kejadian itu, mereka memulakan perjalanan untuk memulihkan badan Alphonse sambil membongkar misteri Philosopher’s Stone.

Untuk segala liputan kami tentang Fullmetal Alchemist, sila tekan pautan ini.

Tags: Fullmetal Alchemistlive actionnetflix
Previous Post

Inside, Watch Dogs 2 & As Dusk Falls ditambah dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022

Next Post

Netflix ingin hasilkan siri Star Wars dan Harry Potter tersendiri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Netflix ingin hasilkan siri Star Wars dan Harry Potter tersendiri!

Netflix ingin hasilkan siri Star Wars dan Harry Potter tersendiri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd